Sahrul Afza Hamzah, mendakwa dirinya adalah pemandu BMW berkenaan yang memandu secara berbahaya sehingga hampir meragut nyawa dua sahabat di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Sabtu lalu, meminta kakak mangsa memadamkan video berkenaan dari terus viral di media sosial.
"Kepada tuan yang post kisah ini, saya harap dapat delete secepat mungkin. Saya bukan sengaja, saya memang dalam kecemasan kerana anak saya yang berusia lima bulan digigit lipan. Alhamdulillah dia selamat.
Apabila ditanya oleh netizen adakah dia individu yang memandu BMW terbabit, Sharul menjawab, "Ya, saya punya. Saya driver."
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan adik Nojahwati trauma, manakala rakannya dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham bagaimanapun memaklumkan, pemandu BMW berkenaan masih belum menyerah diri bagi membantu siasatan.
"Belum serah diri dan kita sedang memeriksa dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran diri pemandu itu," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2xfTJcu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wMm7BF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment