Sejak kebelakangan ini, kerap kali kes-kes yang melibatkan remaja disiarkan di media. Sedihnya, sehingga ada yang tergamak melakukan khianat dan mengorbankan puluhan nyawa mereka yang tidak bersalah. Apa sebenarnya punca dan bagaimana kita mahu mengatasi masalah yang kian menjadi-jadi ini?
ASSALAMUALAIKUM. Saya menyertai taklimat dan perbincangan dengan kumpulan sukarelawan NGO Islam petang tadi berkaitan pembentangan masalah sosial pelajar pelajar melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil dari beberapa kumpulan yang dibahagikan bagi membuat kajian permasalahan sosial pelajar yang telah mendapatkan beberapa pelajar dan waris di interview secara lapangan di kawasan seluruh pulau pinang dan di sasaran beberapa buah sekolah.
ASSALAMUALAIKUM. Saya menyertai taklimat dan perbincangan dengan kumpulan sukarelawan NGO Islam petang tadi berkaitan pembentangan masalah sosial pelajar pelajar melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil dari beberapa kumpulan yang dibahagikan bagi membuat kajian permasalahan sosial pelajar yang telah mendapatkan beberapa pelajar dan waris di interview secara lapangan di kawasan seluruh pulau pinang dan di sasaran beberapa buah sekolah.
Hasil perbentangan dari kawan saya dapatan responden yang ditemubual dan pengumpulan data tersebut yang telah menunjukkan di antaranya punca punca utama berlaku kejutan sosial yang di luar jangkaan adalah disebabkan penyumbang adalah telefon bimbit yang waris berikan kepada anak anak.
Hasil dari pemberian itu kami dapati, anak-anak yang berumur 10 tahun sudah mempunyai akaun Facebook, WhatsApps, Instagram, WeChat dan lain-lain aplikasi media sosial yang mudah diperolehi pada hari ini untuk berhubung di alam maya.
Hasil dari kajian ini, 80% anak-anak menyalah guna kemudahan tersebut dengan sebahagiannya mengakses gambar-gambar porno (lucah) dan lain-lain yang berunsur kepada pengodaman fikiran positif dan rasional. Dengan itu mereka berpotensi untuk melakukan perkara tersebut di tahap hampir 90% untuk mencuba apa yang mereka lihat melalui telefon bimbit.
Maka kami dapati punca utama permasalahan sosial anak anak melalui telefon adalah peratusan yang amat tinggi mempengaruhi kehidupan mereka. Yang paling malang hasil temubual kami dengan beberapa ibu bapa pelajar hampir 70%, ibu bapa tidak mampu kawal pengunaan telefon anak-anak dan apa yang dilakukan pada alat peranti tersebut.
Oleh itu kami yakini bahawa anak-anak Islam sekarang sudah dimomok dengan racun telefon bimbit sehingga ibu bapa tidak menyedari bawa kemudahan itu sebenarnya membunuh sosial kehidupan anak-anak mereka. Oleh itu saya menasihati ibu bapa supaya:
- Ibu bapa harus mengawal pengunaan telefon bimbit kepada anak-anak dan telefon tersebut mesti boleh diakses historinya.
- Seboleh yang mungkin haramkan anak-anak mempunyai akaun Facebook, WeChat kerana dua akaun ini tiada manfaat pada usia bawah 17 tahun.
- Jika ingin berkomunikasi, ibu bapa boleh membeli handphone yang tidak berupaya mengakses internet.
- Jadual penggunaan handphone dan sentiasa melihat komunikasi anak-anak di alam maya.
- Handphone mesti disimpan oleh ibu bapa dan jangan benarkan anak buat password sendiri.
- Kegunaan komputer di rumah atau telefon bimbit mesti di tempat yang terbuka. Jangan biarkan anak bersendirian dalam bilik dengan telefon bimbit yang boleh mengakses internet. Ibu bapa perlu menjadi telefon bimbit kepada anak-an ak danm berkawan supaya mereka meraikan wujudnya kasih sayang dan kita mengambil berat segala gerak geri mereka.
- Ibu bapa perlu selidik semua kawan-kawan anaknya dan tiada istilah kawan lelaki yang berusia di bawah 18 tahun.
- Ibu bapa perlu sentiasa mendapatkan performance pelajaran anak-anak daripada guru sekolah.
- Perlu sarankan anak-anak menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan di qariah masing-masing.
Saya secara jujur nyatakan ini kerana saya sayangkan anak bangsa kita. Saya tidak sangup melihat anak bangsa saya menjadi kapsul-kapsul perosak dalam negara kita sedangkan bangsa lain telah jauh maju meningalkan anak-anak kita.
Wahai saudaraku ibu bapa bangunlah dan lihatlah di luar sana dalam akhbar akhbar memuatkan bagaimana gejala sosial yang menggila sehingga kita seolah-olah hilang solusi untuk mengatasinya. Didik anak kita dengan agama Islam yang ditunjukkan oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Ingat wahai ibu bapa, segala apa yang kita usahakan hari ini Allah akan minta kita pertangungjawabkan. Oleh itu ayuh sama-sama kita mendidik anak-anak kita dan bertindak sebelum ianya lebih parah.
Ustaz Usman Al Marbawi
Pengasas MATSA
25hb september 2017
from The Reporter http://ift.tt/2y9eKpO
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hzsakq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment