loading...

Thursday, 14 September 2017

'Tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba


KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menegaskan tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat. 

"Tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat seperti yang dilaporkan portal media tertentu," katanya memetik laporan dari Harian Metro, semalam.

Khirudin berkata, kes sensitif seperti itu tidak sepatutnya disensasikan, sebaliknya laporan berita yang tepat perlu disampaikan kepada pembaca. 

"Sentiasa cakap dan lapor perkara yang benar. Saya berpegang kepada kenyataan sebelum ini yang kejadian itu bukan disebabkan masalah litar pintas dan punca kejadian masih dalam siasatan selain menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Terdahulu, Free Malaysia Today melaporkan bomba sedang menyiasat kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang telah meragut 24 nyawa awal pagi semalam, dipercayai kerana perbuatan khianat. 

Dalam kenyataan awal sebelum itu, Khirudin menyatakan hasil siasatan awal pihaknya mendapati kotak fius di tingkat bawah pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik. 

"Tiada satu fius pada kotak fius berkenaan yang tertolak seperti lazimnya berlaku sekiranya timbul masalah litar pintas. Ini kerana sekiranya wujud masalah litar pintas suiz pada kotak fius akan terangkat atau terpelantik ke bawah," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya kejadian itu mempunyai unsur khianat atau ada unsur jenayah kerana masih terlalu awal untuk mengesahkan kejadian itu mempunyai unsur khianat. 

"Pada masa ini adalah terlalu awal untuk mengesahkan wujudnya unsur jenayah kerana pihak bomba turut memerlukan laporan siasatan dari pihak polis selain hasil siasatan Unit Forensik Bomba. Kita juga akan turut mengambil kenyataan daripada saksi iaitu pelajar dan kakitangan pusat tahfiz yang terselamat," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2y9SdGj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wZwCT4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...