"Generasi apa yang kita lahirkan hari ini?" demikian persoalan dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Baca ulasan selanjut beliau di bawah:
Belakang Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat muda-mudi bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah. Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.
Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Boleh jadi niat mereka mahu menegur, tetapi berakhir dengan ejek-mengejek. Namun teguran atau ejekan itu membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.
Semalam, aku sedapkan hati dengan teori tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa. Nampak juga rasionalnya. Namun bila polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?
Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!
Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibu bapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!
Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibu bapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk diduduki? Berapa buah bilik yang ada? Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibu bapa mereka? Tahap pendidikan? Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibu kota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.
Barang-barang suspek yang dirampas ketika ditahan
Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik sistem pendidikan, ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak seiring dengan pembangunan insan.
Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di WhatsApp dan Facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang di sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat? Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.
Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki. Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.
Kita tinggal di kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan. Kita terima dengan menganggap ia kebiasaan anak muda di tempat berkenaan.
Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat, remaja yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri. Kita itu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, ahli politik, penggubal dasar, pihak penguatkuasa, AJK masjid, ustaz, ustazah, mufti, guru hinggalah ke jawatan Perdana Menteri.
Keadaan dalam asrama pusat tahfiz yang terbakar |
Bak kata Tuan Fdaus Ahmad,
"Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap dadah. Padan muka kita!"
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!
Brother Fairuz aka Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Tukang Ceramah Budak Sekolah
from The Reporter http://ift.tt/2yfLOZX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2h9OsZA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment