loading...

Thursday, 7 September 2017

'Kenapa ambil PTPTN? Takkan your parents can't afford the fees?' - Student menyirap dibebel lecturer


Ada sekali lecturer aku tanya, siapa yang ambil PTPTN? Beberapa rakan sekelas dan aku angkat tangan. Aku tahu ia akan menjadi sekadar perbualan kosong untuk menghabiskan masa, jadi aku pun bersedia untuk menadah telinga. 


Pertama, beliau mula bertanya soalan retorik, mengapa ambil PTPTN? Kemudian beliau tanya pula, tahu tak PTPTN itu adalah hutang? Kami pun angguk kepala. Selepas itu katanya, 

"You all shouldn't have taken up PTPTN. You'll be bound with debts," katanya. 

At this point, aku separa setuju tetapi aku tahulah apa sebab aku ambil juga PTPTN ini, aku sedar diri. Hahaha! Tetapi apa yang beliau katakan selepas itu aku tak boleh terima. 

"Takkanlah your parents can't afford the fees? It's only in the hundreds. And for meals, you only spend about RM5 per meal. Nowadays, parents don't even want to sacrifice some more for their kids. Later the kids have to pay for that. My kids didn't take up loan bla.. bla.. bla.." 


Masa itu aku dah tak berapa dengar apa yang beliau bebelkan sebab aku dah menyirap. Classmates yang tak ambil PTPTN pun mengangguk-gangguk, tanda setuju agaknya. Yang membuatkan aku semakin mendidih bila kawan di sebelah pula kata, "Haa dengar tu" pada aku dan masa itu aku bersabar saja. Kalau diikutkan hati, nak saja aku menjerkah dia. 

"Mak bapak kau banyak duit, kau diamlah bodoh!" hahaha! 

Memanglah yuran universiti aku 'murah' berbanding beberapa universiti yang lain. Tetapi 'murah' itu tak berapa nak murah untuk aku. Kalau parents aku mampu bayar yuran itu pun, ingat aku makan seminggu sekali ke? Adik-adik aku pun semua masih belajar lagi. Bukan aku seorang saja yang nak guna duit. 

Lecturer aku itu pula berdasarkan cerita semasa beliau masih kecil, sampailah sekarang ini, aku simpulkan yang beliau memang orang senang. Tetapi beliau tidak faham akan orang miskin bandar seperti keluarga aku. Aku sangat hormat pada beliau. Tetapi rasa hormat itu sudah berkurangan sedikit. 

Aku tahu macam mana susahnya mak bapak aku membesarkan aku dan adik-adik. Pengorbanan yang mak bapa aku buat memang tak boleh aku dan adik beradik yang lain balas. Tetapi senang-senang saja beliau kata mak bapak aku tak nak susah untuk anak-anak? 


Masa aku taip ini pun dah rasa geram semula. Aku ambil PTPTN ini sebab tak nak menyusahkan mak dan bapa aku. Kenapa mak bapa aku pulang yang dipersalahkan? Biarlah aku yang menanggung hutang itu sendiri nanti. Aku yang study. Salah ke ambil PTPTN? 

Okay, habis rant. Aku tak ada platform lain nak rant pasal benda yang berbuku kat hati aku ini. Maaflah ya. Sekian. – Sorry la miskin



from The Reporter http://ift.tt/2eNhFfW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2eJkgnl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...