loading...

Tuesday, 5 September 2017

Wanita dirompak 3 lelaki di kedai dobi layan diri


KUALA LUMPUR - Video seorang wanita dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang ketika berada di kedai dobi layan diri, tersebar di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.35 malam, Jumaat lalu di lokasi yang tidak dinyatakan, tiga lelaki yang memakai topi keledar dan dua daripada suspek bersenjata parang merompak mangsa yang sedang menunggu pakaiannya siap dibasuh. 

Ketika kejadian, terdapat dua lelaki dan seorang wanita bersama anaknya di dalam kedai tersebut yang kemudian didatangi oleh dua suspek yang meminta mereka menyerahkan barang berharga masing-masing. 

Pada awalnya, suspek cuba merompak lelaki berbaju merah, namun dipercayai tidak mempunyai barang berharga yang dibawa bersama, lalu beralih kepada wanita berkenaan. 



Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek berbaju putih merentap rantai emas dan mangsa cuba melawan tetapi diugut dicederakan dengan parang menyebabkan dia terpaksa akur. 

Rakan suspek kemudian datang dan cuba mengambil gelang emasnya. Suspek berbaju putih datang semula untuk mengambil beg tangan mangsa. 


Suspek ketiga yang menunggu di luar kemudian masuk ke dalam kedai untuk membantu rakannya mendapatkan gelang emas tersebut, sebelum ketiga-tiga suspek beredar dari tempat kejadian, meninggalkan yang ketakutan.

Video kejadian tersebut viral di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihatkan orang ramai berhati-hati.

"My advice is, bila basuh baju, tinggalkan tempat itu. Bila agak dah siap, baru datang semula. Kalau nak keringkan, settlekan dulu, kemudian tinggalkan. Jangan hadap sangat free WiFi self service laundry itu," kata Zulhamizan Sukor. 

"Dah tahu waktu-waktu begini nak pergi tempat seperti ini tak perlulah nak berhias sangat dengan barang kemas atau bawa barang-barang berharga. Agak-agak bawa untuk nilai bersihkan pakaian itu saja sudah cukup," kata Jo Jo.


Sementara itu, ada segelintir netizen yang mempersoalkan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an itu seperti tidak endah dengan apa yang berlaku dan meneruskan urusannya seperti biasa. 

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat mungkin lelaki itu juga takut dan tiada kudrat untuk membantu di atas faktor usia dan keselamatan diri. 


from The Reporter http://ift.tt/2eDyndJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2gF0bPH
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...