KUALA LUMPUR - Viral di media sosial gambar dua lelaki yang dikatakan telah memarahi penunggang motosikal yang didakwa telah melanggar cermin sisi keretanya. Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi dan masa itu di muat naik oleh individu bernama Mimi Baizura.
Menurut Mimi, dia percaya penunggang motosikal itu secara tidak sengaja telah melanggar cermin sisi kereta dua lelaki terbabit. Namun pasangan itu diminta membayar ganti rugi sebanyak RM1,500 yang dianggap tidak masuk akal oleh netizen.
"Petang tadi jalan sesak disebabkan bangsa kita sendiri yang tidak boleh bertolak ansur.
"Seorang pakcik yang menunggang motosikal bersama anak dan isterinya yang memegang sangkar kucing terlanggar cermin sisi sebuah kereta, yang mana saya percaya dia tidak sengaja dan tidak meminta pun berlaku kejadian yang tidak diingini.
"Pemiliknya keluar dan memarahi pakcik ini di tepi jalan. Saya terkilan lelaki terbabit memarahi pakcik berkenaan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM1,500. Malangnya pakcik itu tidak mampu.
"Saya hanya mampu bayar RM100," katanya.
"Namun lelaki itu tetap bertegas mahukan bayaran gantirugi RM1,500, membuatkan pasangan itu menangis sebab tak mampu membayar jumlah yang banyak itu.
"Saya terkilan dengan bangsa sendiri tak boleh nak bertolak ansur. Apa salahnya halalkan saja. Kalau pakcik itu mampu, dia tak akan naik motosikal. Kalau dia mampu, dia mesti bayar. Kita tidak tahu kedudukan pakcik itu macam mana, ruma dia anak-anak ada berapa ramai. Fikirlah positif," kata Mimi Baizura.
Carian di laman Facebook tidak berjaya menemui maklumat mengenai Mimi Baizura.
Sementara itu di media sosial, netizen tertanya-tanya kereta apakah yang dipandu oleh lelaki terbabit sehingga meminta tuntutan yang tidak masuk akal itu.
"Dia mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan kesalahan orang lain. Kalau pakcik itu pandai cakap baik-baik, pergi buat laporan polis saja, buat tuntutan insurans di atas motosikal pakcik itu," kata Din Haji Yusof.
"Serius sakit hati tengok orang seperti ini. Kau susahkan orang yang susah, kau lupa Allah akan balas apa yang kau buat. Kau minta ganti rugi tak sepadan dengan kerosakan pada kereta kau, esok Allah tarik amaun yang lebih dari itu dalam bentuk yang lain, baru kau tahu. Jangan esok sangat menjadi manusia yang berkemampuan. Sampai kau lupa kau ada Tuhan yang memerhatikan apa yang kau buat," kata Fiza Pijut.
from The Reporter http://ift.tt/2w3ap6Z
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wWS20M
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment