Mangsa, Praveen Kumar, 4, keluar dari rumah di Guntur, selatan India, bersama dengan kakaknya untuk bermain dengan rakan-rakan mereka yang lain pada Khamis lalu.
Malangnya, mangsa telah diserang oleh sekumpulan anjing liar. Mangsa telah digigit di bahagian leher, muka, tangan, dada, bahu dan kaki dalam kejadian yang berlaku lebih dari 30 minit, sehingga mangsa ditinggalkan dalam keadaan separuh bernyawa.
Ibu bapa mangsa mendakwa, jiran-jiran berhampiran mendengar kejadian yang menimpa mangsa namun tiada sebarang percubaan yang dilakukan untuk membantu anaknya. Sebaliknya mereka hanya mengambil telefon bimbit masing-masing dan merakam video kejadian yang menunjukkan mangsa menangis dan menjerit meminta pertolongan.
Presiden Persatuan Hak Kanak-kanak, Achyuta Rao, berkata, sekumpulan anjing itu telah menyerang dan menggigit mangsa tanpa belas kasihan. Tetapi orang ramai hanya menyaksikan insiden itu dari cuba membantu menyelamatkan mangsa dan membawanya ke hospital.
"Malah sanggup merakam kejadian itu dengan telefon bimbit mereka. Alangkah kesal melihat masyarakat yang tidak punyai rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Guntur, Dr DS Raja Naidu berkata, "Ketika mangsa dibawa ke hospital kami pada waktu petang, kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa. Mangsa meninggal dunia akibat banyak kecederaan dan kehilangan darah yang banyak akibat diserang sekumpulan anjing liar," katanya.
Tambah Achyuta Rao, ibu mangsa sebelum ini pernah membuat aduan kepada pihak Perbandaran Guntur, iaitu seminggu sebelum kejadian, di mana kehadiran sekumpulan anjing liar itu telah menganggu ketenteraman kawasan kejiranannya.
"Dia menangis dan berkata, anaknya mungkin masih hidup hari ini jika pihak perbandaran segera mengambil tindakan berhubung masalah berkenaan.
"Kami kini sedang mendapatkan kerjasama dari Suruhanjaya Hak Asasi Manausia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Perbandaran Guntur.
"Adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kawasan kejiranan itu selamat untuk penduduk di situ dan insiden ini harus dipertimbangkan," katanya.
"Kami akan hantar anggota kami untuk menangkap anjing-anjing liar dan kami tidak dapat membunuh anjing-anjing tersebut sehingga kami menerima arahan dari pihak mahkamah.
"Kami tahu Guntur mempunyai sejumlah besar anjing liar di negeri ini dan kami sedang berusaha untuk membendung masalah ini," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2fgTtz0
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2foHrrd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment