loading...

Monday, 18 September 2017

'Inilah kisah aku terjerat dengan hutang yang banyak dan hampir muflis' - Nad


Tujuan Nad bukanlah hendak membuka pekung di dada, tetapi semoga menjadi pengajaran buat semua terutama mereka yang bergelar penjawat awam macam Nad. Terjerat dalam keterhutangan yang melampau bukanlah sesuatu yang menyenangkan.

Al-kisah panjang yang dipendekkan, tiga bulan pertama bekerja, Nad banyak terima inbox dan kadang Whatsapp bertanyakan khabar and so on entah dari siapa tak kenal. Nampak smart bergaya, berkot, bertali leher dan ada jambangan bunga. Wuish, macam hebat diorang-diorang ini. 

Dipendekkan kisah, Nad pun terjebak dan buat personal loan semata-mata untuk bisnes entah apa-apa yang sampai sekarang tak boleh refund. Berapa? 6 angka personal loan. Menyesal? Jangan cakaplah, boleh mental jadinya.


Dan Nad mula terjebak dengan penggunaan kredit kad. Tanpa Nad duga, kelebihan kredit kad itu disalahgunakan. Swipe sana swipe sini, akhirnya hutang jadi bertimbun. Bila diri dah mula terjerat dalam hutang, perkara-perkara seperti ini berlaku pada Nad:.

1. Spesis kawan lelaki yang Nad support ke Bandung, buat-buat lupa dia ada hutang dengan Nad lebih RM2,000+ untuk support dia ke Bandung. Nad minta balik untuk tujuan servis motor dan insurans motor, namun perkara itu menjadi satu pergaduhan besar sampai semua caci maki dia lemparkan pada Nad.

"Aku yang hutang, ke kau yang hutang? Haha!"

Akhirnya dia bayar juga RM900 sahaja sebab konon Nad pun ada hutang dia. Tak apalah, point Nad is 'hilang kawan yang konon sentiasa ada bila memerlukan'. Nasihat Nad, berhati-hatilah dalam memilih kawan. Orang itu smart, beruniform, sembahyang 5 waktu, setitik alkohol pun dia tak mahu, mengucap bila terduga, belum tentu mulut dia baik, bila dia hilang sabar. Bagus lagi orang yang nakal-nakal, sosial sana sini, bertatu bagai, tapi kadang itu yang baik dengan kita. Pengalaman mengajar.

2. Panggilan telefon dari bank. Segala pemungut hutang dari segala pelosok. Bank Rakyat dan CIMB. So Nad hanya mampu bayar minimum payment sahaja. Balik-balik call sampai ke tempat kerja. Malu jangan cakaplah dengan kawan-kawan sekerja.

3. Terima call dari Putrajaya akan bekukan akaun gaji kalau tak bayar hutang tertunggak kad kredit Bank Rakyat. Masa itu panik jangan cakaplah, koreklah apa yang ada untuk tutup kes saman itu. Habis semua simpanan tambah dengan ada kawan yang sudi tolong Nad. Nad takkan lupa bantuan anda.

4. Personal loan yang auto deduct dari saving account bukanlah sesuatu yang baik sebenarnya. Itu pendapat Nad sebab slip gaji bersih tetapi rekod dah buruk di bank. Dalam HRMIS Nad masih bersih. Bila-bila masa akan dapat surat bayar cukai. Bertabahlah wahai hati.

5. Simpanan. Simpanan apa lagi kalau semua dah guna? Pernah tak rasa duit gaji kau tinggal berapa ratus sahaja? Begitulah Nad, susah hati. Bank pula call nonstop. Akhirnya tukar nombor sebab tak tahan. 


6. Seminggu Nad tak makan, susah hati. Mak pun risau tengok Nad. Nad bincang dengan kakak macam mana nak atasi semua masalah ini. Belanja diri sendiri memang tak cukup apalagi nak support family.

7. Cuba buat bisnes MLM. Mengarutlah, semua pun mengarut. Kerugian.

8. Akhirnya, Nad buat satu keputusan paling drastik dan besar. Bukan bunuh diri, Nad jumpa pakar psikologi dan psikiatri. Uisshh macam orang mental. Haha!

9. Nad mula search cara atasi masalah hutang. Jumpa personal blogger and banyak lagi. Jumpa satu term AKPK. Uisshh apa itu? Mula isi online dan set appointment. Mula buat kajian apa syarat-syarat AKPK dan sebagainya. Akhirnya Nad serah diri pada 14.09.2017.

10. CCRIS mengatakan Nad bukan dalam pemerhatian khas. Masih terkawal dan masih ada ruang positif yang banyak. Kira bernasib baik Nad jumpa AKPK supaya malam boleh tidur lena. Handphone pun tak ada dah bunyi-bunyi bank call setakat ini.

11. Nasihat kaunselor AKPK Nad: 

"Masih muda, masih banyak keinginan. Mujur kamu cepat dapatkan bantuan sebelum kamu diisytiharkan muflis. Selepas ini kena bijak aturkan perbelanjaan. Utamakan simpanan sebelum keinginan. Masa muda inilah kamu banyak tenaga untuk tingkatkan pendapatan bulanan. Jangan harap gaji, jangan cepat percaya skim cepat kaya, bisnes MLM yang akhirnya memakan diri. Buatlah sesuatu yang kamu suka, yang boleh kurangkan stress and earn from it. Biar sikit, lama-lama jadi bukit.

12. Malu? Dah jadi dah pun. Nak kata padan muka, silakan. Nad rela, Nad share benda ini supaya jadi pengajaran buat anda di luar sana.


13. Walau teruk macam mana pun bisnes Mykad pertama yang Nad join buat Nad, Nad ikhlaskan hati bayar loan ribu-ribu pada bank gara-gara itu. Kesilapan diri. Ada hikmah di sebalik kejadian. Tinggal 7 tahun lagi sebelum ianya habis. Banyakkan berdoa dan bersabar. Dan hasilnya Nad dapat beli sebuah motorsikal Yamaha R25 cash in hand dan settlekan bayar motor kecil Nad. Bagi-bagi pada adik-beradik dan kedua orang tua.

14. Usai AKPK, dari bayar ratus-ratus ribu-ribu bulan-bulan utk kredit kad, Nad cuma komit RM150 setiap bulan untuk selesaikan hutang kredit kad. Personal loan Nad tak minta AKPK payung sebab nak biarkan dia cepat habis. Lagipun tempoh loan itu masih baru. Komitmen dengan AKPK jadi 8 tahun lebih. Ada rezeki lebih boleh bayar double RM300 supaya cepat selesai dalam masa 4-5 tahun saja.

Kisah hutang Nad bukanlah kerana keluarga yang galakkan, tetapi disebabkan keinginan Nad sendiri yang tamak dan haloba. Padan mukalah, kan? Haha! Pengajaran yang sebaik-baiknya sudah ini. Semoga menjadi manfaat kepada yang lain.

Sekarang? Nad buat apa yang Nad suka. Yang Nad ikhlaskan diri untuk komit. Nad buat kek. Sentiasa usaha majukan diri. Untung tidaklah banyak mana tetapi berbaloi untuk diri sendiri. Nak menangis pun ada bila cerita soal impian ini. 3 tahun pertama kerja dah teruk. Semoga selepas ini Nad akan belajar dari kesilapan dan semakin bijak mengatur perbelanjaan.


Itulah kisah Nad, hutang menjerat. Segeralah dapatkan bantuan, masih belum terlambat. 

Terima kasih AKPK!

Kata mak:
"Belajar dari kesilapan. Percaya dengan rezeki Tuhan. Usaha dalam doa, kau akan berjaya. Bukan ribu ratus ringgit yang mak nak tapi kalu selalu bahagia, senang makan dan tidur, itu impian mak. Cukuplah kau sengsara dari kecil, sakit, sedih. Sekarang masanya untuk kau bahagia. Beri peluang dengan diri sendiri." katanya sambil mencium dahi dan kedua pipi Nad. 



from The Reporter http://ift.tt/2jF3ivC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2yaboig
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...