Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, remaja itu terdahulu meminta wang sebanyak RM2 daripada ibunya, tetapi wanita itu enggan memberi jumlah wang yang dipinta menyebabkan remaja itu berang.
Remaja itu kemudian cuba mengambil wang sebanyak RM17 dari ibunya sebelum keadaan menjadi semakin buruk di mana remaja itu dirakam tergamak memukul ibunya bertubi-tubi dalam rakaman video berdurasi 40 saat yang viral di media sosial semalam.
Difahamkan, video itu dirakam melalui telefon bimbit salah seorang ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.
Susulan video itu viral di media sosial, bapa remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anak lelakinya itu.
"Kami telah mengambil keterangan dari mereka yang terlibat dan ibu bapa remaja terbabit tidak mahu mengambil tindakan mendakwa anak mereka sendiri.
"Ujian air kencing yang dijalankan pada remaja itu juga menunjukkan keputusan negatif untuk dadah," katanya.
Beliau menambah, keluarga berkenaan mendakwa bahawa ini adalah kali pertama insiden itu berlaku, tetapi polis masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan.
from The Reporter http://ift.tt/2ysBPzK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2fQMC03
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment