JAWA TIMUR, INDONESIA - Tidak tahan dan meluat mendengar bebelan, seorang lelaki tergamak menyepak muka isterinya sehingga dua batang gigi depan wanita itu tercabut keluar dari gusi.
Kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi, 29 Ogos lalu di kediaman pasangan berkenaan,
Difahamkan, lelaki itu keluar sekitar jam 9 malam. Isterinya, Nem, cuba menghubungi lelaki itu tetapi mesejnya tidak dibalas, malah panggilannya tidak dijawab.
Lelaki terbabit dikatakan keluar tanpa memaklumkan kepada isteri ke mana halatujunya. Sebaik saja pulang ke rumah, Nem mula menyoal lelaki itu dengan pelbagai soalan.
Nem bertanya ke mana lelaki itu pergi, apa yang dia lakukan, dengan siapa dia keluar, kenapa dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesejnya bagai.
Tidak tahan dengan bebelan isterinya, lelaki itu memukul isterinya sehingga terjatuh sebelum menyepak muka mangsa tanpa belas kasihan.
Sepakan yang kuat itu menyebabkan dua batang gigi mangsa tercabut keluar dari gusi.
Selepas terdengar pergaduhan pasangan itu, jiran mereka menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan yang tiba di tempat kejadian tidak berapa lama kemudian dan lelaki itu kemudian ditahan untuk dibawa ke balai.
Suspek mengaku hilang kesabaran dan telah memukul mangsa. Suspek berkata, dia juga kesal kerana isterinya lebih memberi perhatian pada telefon bimbit berbanding dirinya.
Sementara itu, Nem meminta maaf kerana tidak menjadi isteri yang baik kepada suaminya.
"Saya marah pada suami kerana dia balik lewat ke rumah, tetapi saya pula yang kena marah. Saya hanya menggunakan telefon bimbit saya untuk melayari laman Facebook dan YouTube sahaja. Tiada untuk tujuan yang lain.
"Saya juga memohon maaf pada suami. Mungkin saya belum mampu lagi menjadi seorang isteri yang baik untuk dia," katanya kepada media tempatan.
from The Reporter http://ift.tt/2gQZBhP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wPrboO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment