Baru-baru ini juga, ada kes seorang lelaki dan bekas isterinya berebut hak penjagaan anak sehingga hampir mengorbankan nyawa mereka bertiga. Bertambah teruk apabila kejadian itu juga turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah dek masalah perebutan anak mereka.
Kenapa begitu? Kerana dendam yang semakin membara dan tidak akan terpadam selagi tidak puas melihat bekas pasangannya menderita. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Normaliza Mahadi, anak hanyalah bahan dendam untuk mereka mencapai kepuasan.
ANDA perasan tak? Sewaktu masih berkahwin, jarang sekali melihat suami atau isteri berebut nak menjaga anak, berebut nak mandikan anak, berebut nak tidurkan anak, berebut nak suap anak makan, berebut itu dan ini. Aneh, kan?
Tetapi apabila bercerai, ramai pasangan berebut anak sehingga menjadi seperti pesta di mahkamah. Mengapa berebut setelah bercerai? Kerana pada masa itu, anak hanyalah bahan dendam. Anak dijadikan tebusan perasaan. Anak akan menjadi lambang kepuasan.
Kejam ibu dan bapa. Hanya kerana mereka berdua bukan lagi keluarga, anak jadi hancur.
Kepada yang sedang berebut hak penjagaan anak, tanyalah pada iman, bukan syaitan. Doalah semoga Allah menerangkan hati-hati anda.
Ibu dan bapa tidak pernah bertukar nama. Suami dan isteri berbekas sentiasa. Anda mahu cerai, anda selesai. Namun anak anda cedera dari segi perasaan dan kehidupan.
Sumber: Normaliza Mahadi
from The Reporter http://ift.tt/2vzfWly
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vzpqgw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment