Tular video di media sosial menunjukkan seorang pelanggan bertengkar dengan peniaga lemang kerana tidak berpuas hati lemang yang dibelinya sebelum itu masih mentah.
Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, pengadu datang dalam keadaan marah dan melemparkan lemang yang dibelinya itu di meja gerai tersebut.
Dalam masa sama, pengadu turut merekod video insiden yang dikatakan berlaku di Melaka itu sebelum dimuat naik ke media sosial.
Bagaimanapun, tindakan biadab pengadu itu mengundang kemarahan peniaga lemang yang memukulnya menggunakan buluh.
Dia juga menegaskan bahawa lemang yang dijualnya telah masak dan meminta pekerjanya membuka lemang lain bagi membuktikan perkara itu.
Terkejut dengan tindak balas peniaga itu, pengadu berundur dan mengugut mahu membuat laporan polis terhadap peniaga berkenaan.
Aduh bang.. awak datang pun marah-marah. Boleh kan kalau minta tukar dengan lemang lain secara baik. Peniaga tu takde la nak maki hamun. 😑https://t.co/jSf5mo3m0Y pic.twitter.com/ukUfSBhD8o
— The Reporter (@thereportermy) April 22, 2023
Di media sosial, netizen mengecam perbuatan pengadu yang bukan sahaja tidak beradab, malah memilih menggunakan kekerasan untuk menuntut haknya, sedangkan masalah itu boleh sahaja diselesaikan dengan cara baik.
"Kalau lemang tak masak, pergi tukar saja. Yang kau nak mengamuk pasaipa? Tau la setan dah terlepas," kata Wasabi.
"Benda boleh bincang, yang kau pergi campak-campak makanan tu kenapa? Bangang punya customer," kata E.
"Minta tukar lemang tu dengan cara baik. InsyaAllah peniaga tu akan mengakui kesalahan dan tukarkan denganlemang yang sudah masak," kata Abdul.
from The Reporter https://ift.tt/goZxSJN
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Vpmkd4U
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment