loading...

Wednesday, 19 April 2023

'Kalau jaga mak tu tanggungjawab awak, kenapa kahwin dengan saya??' - Isteri kecewa, suami anggap ibunya yang uzur membebankan



Sebuah perkahwinan bukan hanya pengikat antara seorang suami dan juga isteri, malahan satu ikatan kekeluargaan kedua-dua belah pihak.


Di dalam apa-apa juga permasalahan, perkara itu haruslah diselesaikan dengan seadilnya tanpa melukakan hati mana-mana pihak.


Tular di media sosial, seorang pengadu yang juga merupakan seorang isteri kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak bersikap adil dan tidak menghormati tanggungjawab isterinya terhadap ibu kandungnya sendiri.


"Saya seorang isteri, ada seorang anak. Ayah baru meninggal setahun dan mak tinggal sorang. Saya anak tunggal. Baru-baru ni mak tak sihat, mak umur 69 tahun. Saya la yang selalu jaga mak. Sekarang dia dah tak boleh bangun, sakit teruk. Rumah mak jauh di Grik, Kedah. Saya pulak menetap di Kuala Lumpur. Saya ajak mak duduk sekali sebab tak ada siapa yang jaga. Saya upah maid untuk jaga mak. Mak rela hati ikut. 


"Saya jaga mak sebulan je sebab suami marah-marah saya kata mak saya menyusahkan. Kerja saya dekat je dari rumah. Saya boleh balik kejap-kejap tengok mak.


"Saya pun gaji dalam RM 4K++. Pampers segala ubatan dan susu mak saya yang tanggung, tak ambik duit suami. Dia marah depan mak saya, kami bergaduh teruk," tulisnya.


Luluh hati wanita ini apabila suaminya meminta dia memilih samada suami atau ibunya.  


"Dan dia suruh pilih mak atau dia. Kalau pilih dia, hantar mak ke rumah orang tua. Saya tak sanggup. Mak saya ada sorang je lagi. Saya berfikir nak tinggalkan suami sebab mak yang jaga saya dari kecil sampai saya berjaya. Senang-senang suami suruh tinggalkan mak. 


Seakan mengerti pergolakan yang berlaku, si pengadu melihat ibunya menangis sambil meminta maaf kepadanya.


"Malam tadi mak menangis tanpa saya tahu kenapa. Tapi terungkap di bibir maafkan mak. Sungguh saya tersentap. Derhaka kah saya? Suami langsung tak pujuk saya.Kenapa suami kejam sangat sedangkan dia masih ada ibu bapa. Saya kata dekat suami tanggungjawab saya jaga mak. Dan suami jawab kalau tanggungjawab awak, kenapa kahwin dengan saya. Luluh hati saya. 


"Habis tu semua perempuan dalam dunia ni kahwin semua kena tinggalkan mak ke?Sedangkan saya selalu bantu mak bapa dia, ini pula dibalas. Jujur sebelum ni saya bahagia. Tiada masalah. Namun ini ujian berat buat saya," katanya.


Si pengadu meminta pandangan netizen untuk mencari penyelesaian disebalik masalah yang dihadapinya. Rata-rata netizen memberikan pandangan supaya pengadu memilih ibunya kerana jika dia silap memilih, si pengadu mungkin akan menyesal sepanjang hidup. 


Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/vCW7lTB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/RJHVjEt
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...