loading...

Thursday, 13 April 2023

'Memang muka betina ni lah yang curi duit simpanan adik aku!' - Curi kad ATM member, RM12,000 lesap dikebas Humairah



"Pencuri dikehendaki polis, kalau jumpa terus heret ke balai. Sebelum ini curi barang kemas, curi suami orang, sekarang curi duit mak saudara sendiri pula," demikian kata individu yang mendakwa wang simpanan adik perempuannya telah dicuri oleh seorang wanita bernama Humairah. 


Abdul Halim berkata, tiga hari sebelum puasa, Humairah datang ke rumah adiknya, Farah dan tinggal bersama memandangkan dia tiada tempat untuk dituju. 


PINJAM BEG TANGAN


Pada 23 Mac, mereka pergi ke pasar raya terkemuka di ibu kota untuk membeli barangan dapur. Ketika itu, Humairah meminjam beg tangan Farah, manakala Farah pula hanya membawa dompet kecil. 


Selesai membuat pembayaran, Farah meminta Humairah menyimpan dompetnya dalam beg tangan kerana dia mahu mengangkat barang dan mereka pulang ke rumah. 


Jam 5 petang pada hari yang sama, Humairah keluar ke pusat beli-belah, Sunway Putra Mall, yang berdekatan untuk membeli air. Ketika itu Farah sedang sibuk memasak juadah berbuka.


PURA-PURA NAK KELUAR BELI AIR


"Waktu Humairah keluar, dia bawa sekali handbag yang dipinjam itu. Adik saya langsung tak ingat nak ambil dompet dia semula. 


"Humairah bukannya pergi beli air, sebaliknya dia pergi ke ATM Cimb dan mengeluarkan wang sebanyak RM5,000 daripada akaun simpanan Farah. Macam mana dia boleh tahu nombor pin? Mungkin semasa adik saya membuat pembayaran di pasar raya tadi, dia teka kombinasi nombor kad pengenalan adik saya," kata Abdul Halim. 


Selesai mengeluarkan wang, Humairah katanya pulang ke rumah dan berbuka puasa bersama Farah seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada malam itu, Humairah sekali lagi meminta izin untuk keluar moreh. 


BALIK KE GENTING, CURI LAGI DUIT


"Dia pulang ke rumah lewat malam, terus makan-makan dan tak bangun sahur. Pagi esok, dia kata nak balik ke Genting sebab nak kerja dah. Waktu ni dia pulangkan balik handbag yang dipinjam. Tetapi kad ATM Farah tidak dipulangkan. 


"Sebelum balik ke Genting, dia pergi ke Berjaya Times Square dan di situ dia keluarkan RM3,000. Masa dalam perjalanan ke Genting, dia keluarkan lagi RM2,000. Maka licinlah duit simpanan adik saya," katanya. 


Mangsa hanya menyedari wang simpanannya lesap selepas memeriksa kemasukan pembayaran daripada pelanggan. Mangsa segera membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. 


Dengan bantuan polis, mangsa dibawa memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memang sah Humairah yang mengeluarkan duit simpanannya. 


Sehingga semalam, Humairah masih belum tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa. Justeru, Abdul Halim meminta orang ramai menyebarkan perkongsiannya itu agar suspek dapat ditangkap segera. 


Sumber: Facebook Abdul Halim



from The Reporter https://ift.tt/k1MHKGO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/USFuR5v
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...