Namun begitu, isu sebegini seperti dipandang enteng oleh beberapa pihak yang hanya mementingkan diri sendiri.
Seorang wanita meluahkan rasa geram dengan tindakan penghuni di sebuah pangsapuri Delima J Desa Pandan yang dikatakan telah melakukan pengubahsuaian pada rumahnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. Tindakan itu juga telah membuatkan laluan koridor menjadi sempit.
Wanita ini juga mendakwa beberapa kerusi yang diletakkan di ruangan menunggu untuk ibunya berteduh juga dicampak oleh penghuni tersebut.
@hhmj_mras @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @SURUHANJAYAPENCEGAHRASUAH🇲🇾 @POLIS DIRAJA MALAYSIA 🇲🇾 #fyp #fypã‚·゚viral #fypage @mStar Official @ROTIKAYA ♬ original sound - Rafael&Resendriya
"Tolong, apa nak buat dan macam mana nak report untuk DBKL ambik tindakan? Dia punya dengki tiap kali my mom takde dia akan campak kerusi untuk my mom tunggu anak-anak datang ambik ke luar blok. Alasan dia sebab dinding tu rumah dia," katanya.
Beberapa CCTV turut dipasang untuk memerhatikan jiran-jiran. Penghuni itu juga mendakwa telah membeli kawasan tersebut dan melarang sesiapa melalui kawasan itu.
Difahamkan sehingga kini, tiada tindakan yang dibuat oleh pihak berwajib meskipun penghuni-penghuni di situ telah membuat aduan.
"Dah report ke JMC Delima J Desa Pandan pun diorang buta dan tuli. Sebab tak ada tindakan pun dari orang ni renovate rumah masa PKP.
"Please spread the words dan tolong la kami neighbourhoods tak tahan dah perangai macam ni," katanya.
Sumber: TikTok Rafael & Resendriya
from The Reporter https://ift.tt/Org8VyH
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GkfNS1c
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment