loading...

Saturday, 8 April 2023

'Uncle berdiam diri selama ini' - Bapa saudara Hafidz Roshdi tegur Nurul Shuhada kongsi cerita anak, rupanya nak share link bisnes



Baru-baru ini, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukr, memuat naik perkongsian mengenai kesihatan mental anak perempuannya, Humairah, 6, di Instastory. 


Malangnya, perkongsian tersebut turut disertakan dengan pautan (link) ke perniagaan yang sedang dijalankannya dan hal ini mengundang rasa tidak kurang senang bapa saudara kepada Hafidz yang merasakan wanita itu tidak wajar berbuat demikian. 




Merasakan dirinya bertanggungjawab untuk membuat teguran, Adlan, 50, memberi nasihat secara terbuka kepada Nurul Shuhada di Instagram. 


"Kami tahu bab anak-anak paling mengusik jiwa Hafidz. Maka kamu telah mencabar Uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat diri buatnya. Kalau kamu tak dapat membantu, kamu jangan merumitkan!


"Ingat pesan Uncle, kamu dah triggered Uncle. Pada hari ini dan mulai hari ini, semua tindak balas bergantung kepada kamu. 


"...anak-anak buah saya adalah tanggungjawab saya bila perlu dan dengan izin oleh ibu bapa kandung. 




"Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period," katanya. 


Menurut Adlan, konflik rumah tangga mereka tidak sepatutnya diuar-uarkan di media sosial. Apatah lagi dipergunakan untuk tujuan menjadi influencer atau pempengaruh di media sosial. 


Melihat kepada tindakan Nurul Shuhada yang semakin tidak relevan, Adlan mengambil keputusan untuk membuat teguran demi kebaikan semua pihak. 


"Kamu mempunyai pilhan untuk enjadi seorang role model yang positif atau negatif. Uncle berdiam diri selama ini kerana Uncle sudah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan marah kamu. 


"Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindak balas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatiflah yang akan datang bergolek. 


"Sikap manipulasi, cabar mencabar dan provokasi yang selama ini oleh kamu, sedang kamu persembahkan kepada umum," katanya. 


Selepas memberi nasihat itu, Adlan memadamkan semua gambar-gambar yang terkandung dalam akaun Instagramnya itu. 


Sumber: Instagram Adlan



from The Reporter https://ift.tt/eNh4pqB
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/hAkwtbc
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...