loading...

Monday, 3 April 2023

'Saya bantu dia langsai hutang RM15K, biar keluar dari blacklist, mulakan hidup baru' - Netizen menangis & terharu dengan kebaikan wakil rakyat Steven Sim



Semalam, Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga merangkap sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim, berkongsi mengenai kisah Ina melalui akaun Twitternya. 


Difahamkan, Ina baru sahaja kehilangan ibu mertuanya dan sebagai wakil rakyat, sudah tentu menjadi tanggungjawab Steven untuk menziarah penduduk di kawasannya bagi menghulur bantuan. 


Ketika berjumpa dengan Ina, Steven dimaklumkan bahawa wanita itu menanggung hutang sebanyak RM15,000. Untuk menyara hidup dan melangsaikan hutang itu, dia bekerja dan hanya mampu meraih pendapatan sebulan kira-kira RM800 hingga RM1,000. 


"Saya jumpa Ina semasa majlis pengebumian ibu mentuanya. Ina buat kerja menghantar bunga, ulang-alik 25 kali menaiki kereta Proton Wira tua (tak muat). 


"Dia masih menanggung hutang RM15,000. Bukan malas, malah berhempas pulas. Sebulan hanya meraih RM800 hingga RM1,000. Saya bantu dia langsaikan hutang RM15,000, biar keluar blacklist dan mulakan hidup baru. 




"Kawan saya Eri dari CarsomeMy setuju taja upgrade kereta usang kepada van, agar Ina dapat expand kerja-kerja penghantarannya. Seorang lagi, Giden dari Bloom This setuju mengambil Ina sebagai penghantar. Kalau rajin, sebulan boleh raih pendapatan RM3,000 hingga RM5,000. 


"Mereka tidak mengenali Ina tetapi sanggup membantunya. Inilah Malaysia Madani, bukan hanya sekadar slogan tetapi amat bermakna. Jika kita susah, kerajaan akan bantu, jiran tetangga akan bantu tanpa mengira kaum dan agama. 


"Hadiah Ramadan buat Kak Ina dan suami. Setakat ini saja kami mampu membantu. Selebihnya bergantung pada tekad dan usaha Kak Ina," katanya. 





Tambah Steven lagi, wang RM15,000 yang digunakan untuk membantu wanita itu juga perlu dibayar semula selepas enam bulan kemudian sekiranya pendapatan Ina telah mencecah RM3,000 sebulan. 


Namun, wang itu bukanlah dibayar kepada Steven. Sebaliknya Ina perlu mencari asnaf atau anak orang miskin dan beri sedekah setiap bulan. 


"Bukan bayar balik kepada saya. Ina cari asnaf atau anak orang miskin. Bagi sedekah bulan-0bulan. Kak Ina pula yang membantu orang lain," katanya. 


Kebaikan yang dikongsikan Steven itu mengundang reaksi positif netizen yang turut berharap lebih ramai lagi wakil rakyat tanpa mengira apa jua parti untuk tampil membantu dan menjaga kebajikan rakyat. 


"Kalau macam ini punya YB, tuan boleh jadi YB sampai mati pun tak apa. Kita tak kisah," kata Bro2FaceB. 


"Pagi-pagi dah berair pula mata aku baca kisah macam ni dekat office. Syukur YB, terima kasih atas jasa anda dan tolong mereka yang memerlukan," kata Amirul Adzim. 


"Untungnya dapat langsai hutang PTPTN. Tapi dia kena pulangkan semula kepada golongan asnaf. Bagi sama-sama merasa. Harap YB-YB beragama Islam boleh buat begini. Saham akhirat pun dapat," kata Penghibur. 


Sumber: Twitter Steven Sim



from The Reporter https://ift.tt/AgGx1Uq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2if4E3H
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...