Kejadian sebenar atau marketing? Itu persoalan yang bermain di fikiran netizen. Namun, lebih ramai yang percaya bahawa itu semua hanya sekadar lakonan semata-mata.
Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memuat naik video yang menunjukkan dirinya bergelut dengan suami Fadzil Zahari, iaitu suami kepada pelakon Yana Samsudin, hanya kerana terpecahkan pasu bernilai RM400,000.
Berdasarkan video tersebut, kedengaran Aliff tidak berpuas hati dan mahu menghubungi polis. Namun dibalas oleh Fadzil bahawa mereka mampu membayar ganti rugi, tetapi tidak perlu menghina mereka.
Fadzil: Dia nak hina kita! Dia nak hina kita!
Aliff: Panggil polis lah! Panggil polis! Rakam (video) tak?! Mana, rakam video! Viral! Viral! Viral!
Fadzil: Cakap elok-elok Datuk, jangan hina kami! Datuk nak kami bayar, kami boleh bayar tetapi jangan hina kami!
Pada kapsyen video, Aliff menuntut pasangan itu membayar ganti rugi dan memberi respon terhadap postingnya dalam tempoh 48 jam.
"Kau mampu bayar atau tak?! Saya terpaksa post video ini sebagai bukti dan saya ada simpan semua video sebab rumah saya ada CCTV.
"Kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, sampai ke hari ini awak berdua masih tak bayar ganti rugi saya! Penerbit Alif Farhan sebagai saksi kejadian ini.
"Saya bagi masa 48 jam untuk response! Kalau tidak, awak berdua tunggu surat lawyer saya!
"Bila datang buat foto shoot rumah orang, tolonglah jaga harta benda di rumah saya ini, bukannya barang kat rumah saya ini murah (barang) pasar malam. Please respect.
"Jenis dah pecahkan barang orang, lepas tu senyap saja. Lepas tu kurang ajar tak mengaku salah. Nak saa posting video lagi, jangan sampai aib awak satu family," katanya.
Sementara itu, Fadzil melalui akaun Instagramnya turut memuat naik gambar kejadian dengan kapsyen, "Kurang ajar".
from The Reporter https://ift.tt/A9PfZOl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/hVu9KU8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment