Awal pagi Ahad, influencer sensasi menerusi hantaran di Instastory memaklumkan dia amat merindui anak-anaknya yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.
Bagaimanapun, Shermine baru sebentar tadi tampil membidas kenyataan lelaki itu yang dianggap berdusta.
CHECK IN DI HOTEL DENGAN SKANDAL
Menurut Shermine, bekas suaminya itu lebih rela bermalam di hotel bersama dengan perempuan simpanannya yang juga merupakan kakitangan mereka sendiri.
"Korang faham tak? Apabila awak percaya sangat dengan suami awak, bila saya keluar dengan kawan-kawan, tetapi dia pula pergi check in di hotel (dengan perempuan lain).
"Rindu anak ke? Kalau rindu, kenapa nak pergi (check in) hotel masa tu? Duduk la di rumah, temankan anak lah. Kenapa bila saya keluar, awak tak boleh nak temankan anak? Saya tak faham," katanya.
SHERMINE TUNJUK BUKTI
Shermine juga menyertakan bukti yang menunjukkan perbualan lelaki itu dengan skandalnya. Malah dia juga mempunyai bukti berupakan 'resit' pengesahan pasangan itu bermalam di hotel.
Berdasarkan bukti berkenaan, lelaki itu pada 23 Oktober mengajak skandalnya keluar bersama menonton filem Black Adam, sebelum mereka 'check in' di hotel ibu kota.
Pada hari yang sama, Shermine keluar berkumpul dengan kawan-kawannya dan dipercayai membawa anak-anaknya sekali memandangkan tiada sesiapa yang menjaga mereka.
Kejadian yang sama berulang lagi apabila Shermine keluar dengan kawa-kawannya di mana lelaki itu akan mengambil kesempatan untuk 'check in' di hotel.
DIUGUT SEBARKAN VIDEO XXX JIKA ENGGAN SIGN BORANG CERAI
Sementara itu di ruangan komen, netizen memaklumkan lelaki itu ada memberitahu bahawa dia sudah bercerai dengan Shermine sejak tahun lalu.
Membalas komen tersebut, Shermine menjelaskan lelaki terbabit nekad menceraikan kerana mahu bersama dengan skandalnya itu. Walaupun dia bersetuju pada awalnya, tetapi dia telah diugut di mana lelaki itu akan menyebarkan video lucahnya kepada tatapan umum.
"Ya memang (bercerai tahun lepas), sebab masa itu dia nak bersama Mira. So dia ambil video cakap akan viralkan video lucah saya. Saya diugut, jadi saya terpaksa sign (borang perceraian), seperti yang saya dah maklumkan sebelum ini," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2vCxUqZ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/kOhHvs7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment