loading...

Wednesday, 12 April 2023

'Penat aku bekerja, tapi gaji kena potong RM300' - Rider FoodPanda dakwa dianiaya, tapi individu lain tampil dedah plot twist?



Beberapa hari lalu, seorang penghantar makanan meluahkan rasa kecewanya terhadap syarikat Food Panda yang didakwa telah menganiayanya. 


Luahan individu bernama Saiful itu dengan pantas menular di media sosial dan menarik perhatian banyak pihak termasuk selebriti, ahli politik dan menteri kabinet. 


Menurut kenyataan Saiful dalam video itu, Food Panda telah memotong pendapatannya sebanyak RM300 daripada RM800. Malah, Saiful turut digantung 'kerja' selama tiga hari. 


"Kau tak faham ke penat lelah aku bekerja? RM300 itu bagi saya adalah nilai yang besar. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ini saya memerlukan duit. Kereta aku kena gadai RM5,000. Aku nak ambil sebelum raya, tetapi dah jadi macam ni. Rumah sewa dekat kampung dah enam bulan tak bayar.


"Kalau ada yang tanya kenapa tak struggle daripada awal. Aku baru sihat dari kanser tahap tiga. Aku baru saja sihat daripada sihir. Bulan 11 2022, aku bangkit balik dalam keadaan kosong. Aku pinjam duit mak angkat aku, RM1,000 untuk bayar deposit motosikal. Aku beli motosikal untuk buat Food Panda," katanya. 


@saifulxander_ Tolong bantu saya gunakan kuasa viral, sbb dah rmai rider yg kene, tapi mreka tk viral. Terima Kasih dan Salam Ramadan !🥲 #viral #foodpanda #foodelivery #rider #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ Muhammad Nabina Binuru Hadina - Hidayat


Jelas Saiful, dia ada menghubungi Food Panda untuk meminta penjelasan. Food Panda memaklumkan, tindakan itu diambil kerana Saiful pernah membuat pembatalan. Tetapi Saiful menafikan perkara itu. 


"Dia cakap ID aku kena gantung sebab aku cancel order. Aku tak pernah cancel order. Aku perlukan duit, takkan aku nak cancel order? Rate aku 98-100 peratus accept order. Dahlah nak dekat raya, nak balik kampung. Arwah mak aku dah tak ada.. aku sedih," katanya.


"KERAP PONTENG, MASUK KERJA LAMBAT, TERIMA BANYAK ADUAN?" 


Bagaimanapun, timbul pula seorang individu bernama Ummi, mendedahkan luahan Saiful itu bercanggahan dengan maklumat yang diperolehnya daripada Kapten Food Panda. 


Menurut Ummi, Kapten Food Panda yang juga merupakan anak bujangnya memberitahu, Saiful kerap ponteng, masuk kerja lambat, terima banyak aduan daripada pelanggan. 


"Kata anak, baru ni Abang Ngah try call dia. Bagi salam, terus di jawab salam dan bagi akaun dia. Nak derma ni hah no akaun.


"Bayangkan seorang bagi RM50, berapa banyak di dapat collect dengan cerita air mata," kata Ummi.




The Reporter sedang menghubungi Saiful untuk mendapatkan penjelasannya mengenai dakwaan tersebut.

from The Reporter https://ift.tt/XnPNdCU
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Z1tOr4H
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...