loading...

Thursday, 13 April 2023

Penjawat awam ditahan jual 7 botol air ketum kepada kenalannya di Presint 9, Putrajaya



Polis menahan seorang penjawat awam di Presint 9 semalam kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum. 


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah malam. 


Sebelum ditahan, suspek berada di lobi sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9. Suspek turut membawa dua botol cecair dipercayai air ketum. 


Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan merampas lima lagi botol disyaki air ketum. Jumlah keseluruhan air ketum yang dirampas adalah 10.5 liter. 


Suspek mengaku dia memperolehi bekalan air ketum seminggu sekali daripada pembekal dari Kampung Labu Lanjut, Sepang. Setiap botol air ketum itu pula dijual dengan harga RM18 sebotol. 


Bekalan itu dijual pula kepada kenalannya yang merupakan pelanggan tetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 


Semakan data turut mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang membabitkan jenayah narkotik dan jenayah harta benda. 


Suspek tahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. 


Sumber: Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/DVgivm4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/zj8I0yh
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...