Pelakon Ungku Ismail, yang juga suami kepada Nad Zainal, hanya mampu bersabar dengan dakwaan tidak berasas netizen kononnya mereka 'kekwat' ketika berada di eskpo raya Putrajaya baru-baru ini.
Hanya disebabkan video singkat tersebut, dia dan isterinya menerima tohmahan di media sosial sehingga ada yang mengungkit semula peristiwa lama di mana Nad Zainal termasukkan ke hospital dan meminta orang ramai mendoakannya.
"Alhamdulillah. Banyak pahala kitorang dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan amalan dari malam semalam!
"Hanya kerana satu video, ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala diorang beramai-ramai. SubhaanAllah!
"Yang post, yang beritakan, yang sebar, yang mengata, mashar itu benar, kita sabar nantikan. Patience baby, ujian Ramadan @nad.zainal," katanya.
Ungku Ismail turut memuat naik kenyataan followers yang bersetuju dengan kata-katanya.
Sebelum ini, netizen mendakwa pasangan selebriti itu 'kekwat' dan tidak mengendahkan orang awam yang menyapa mereka di Putrajaya. Nad Zainal dalam siaran live di TikTok juga menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Instagram Ungku Ismail
from The Reporter https://ift.tt/wNaZVlP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/Ph3nV1b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment