Kebiasaannya Cik B, anak kepada usahawan terkenal Dato’ Sri Vida menjadi tumpuan dengan lawak jenakanya dan juga kisah kehidupan sehariannya.
Panggilan Dato' Vida kepada anaknya 'Cik B, anak mama' seringkali menjadi usikan netizen. Walaupun bergelar anak kepada usahawan terkenal, namun anak-anak Dato' Vida tidak pernah sombong dan sentiasa merendah diri.
Baru-baru ini anak lelaki kepada Dato' Vida pula menjadi tumpuan netizen. Kacak, meraih pujian ramai kerana bersedekah kepada pekerja stesen minyak warganegara asing.
"Tadi saya pergi pam minyak. Lepas tu ada orang tu kata baju melayu saya cantik. Dia suka dan saya tanya kat dia dah beli ke belum, dia kata belum lagi. Tak apa, kita nak bagi dia baju raya," katanya.
Ketika ibunya memberitahu baju melayu jenamanya belum terjual dan rasmi lagi, Kacak menjawab rezeki akan datang juga nanti.
"Tak apa, ma kita sedekah dulu, rasmikan dengan sedekah," katanya sambil tersenyum.
@kacak.officialmy Abang petronas belum ada baju raya 🥹 #bajuraya2023 #bajumelayuslimfit #bajumelayukacak #fyp #foryou #masukberandafyp #raya2023 @إيريك زاكوان😺 ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral - WZ Beat
Rata-rata netizen kagum dengan sikap Kacak yang bukan sahaja merendah diri tetapi menghormati orang yang lebih tua darinya. Netizen juga memuji sikap Dato' Vida yang sentiasa mengungkapkan kata 'Kacak,anak Mama yang hebat.' Asbab dengan perkataan tersebut juga mungkin melantun pada keperibadian Kacak.
Video tersebut juga menarik perhatian selebriti, Fad Bocey yang turut meninggalkan komen memuji tindakan Kacak.
"Tahniah, Kacak. Alhamdulilah semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT kacak," tulisnya.
Sumber: Kacak World
from The Reporter https://ift.tt/TA2Pejw
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/JdmtbGe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment