loading...

Tuesday, 25 April 2023

6 termasuk 2 bayi maut dalam kemalangan, dua Proton Persona bertembung di Kemaman



Enam individu dilaporkan terkorban dalam kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan Proton Persona di Kilometer 153 Jalan Jerangau - Jabor di Cheneh, petang semalam. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramnlan berkata, mangsa yang terkorban adalah empat penumpang di dalam Proton Persona pertama iaitu Nor Nadia Natasha Abu Bakar (23), Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan (2), Tuan Yah Dollah (61), dan Rosliza Mat Hussin (38). 


Pemandunya pula, Shah Rezzal Zanzalani (27) dan tiga lagi penumpang lain, Wan Muhamad Adam Wan Muhamad Khalil (11), Wan Alya Farhana Wan Muhammad Khalil (15) dan Nur Syafana Nasha Saiful Azwan (2), mengalami kecederaan. 


Manakala dua lagi mangsa yang maut dalam Proton Persona kedua adalah, Abd Halim Ismail (71) dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri (2). Pemandunya, Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan (26) dan penumpang lain iaitu Nurul Fatihah Azman (28) dan Zaiton Mohamad (57), mengalami kecederaan. 




Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku pada jam 5 petang semalam berpunca daripada kereta yang dipandu Shah Rezzal dari Bukit Besi, Dungun, ke Cheneh, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. 


Muhammad Ubaidillah yang memandu kereta Persona kedua dari Perasing menghala ke Batu Rakit, Kuala Nerus, tidak sempat mengelak ekoran kejadian berlaku terlalu dekat, menyebabkan mereka bertembung. 




Empat mangsa muat di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Kemaman. 


Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/foq8uUJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/oOCZ6lI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...