Pasar Tomohon di Sulawesi Selatan dikatakan terkenal dengan menjual daging haiwan eksotik termasuk anjing - Foto AFP |
Selain kucing, anjing menjadi pilihan untuk dipelihara oleh kebanyakan orang. Tetapi melalui kajian yang dibuat oleh Toba Animal Friends (TOF) di bandar Medan, Indonesia pula mendapati haiwan itu dibunuh untuk dimakan.
Pengasas TOF, Anita Panggabean berkata, data yang dikumpul menunjukkan sebanyak 150 ekor anjing dibunuh untuk mendapatkan dagingnya setiap hari di Medan. Jumlah individu yang makan daging anjing di bandar itu juga adalah sangat tinggi sedangkan anjing adalah haiwan peliharaan, bukannya haiwan untuk dimakan.
Anita berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa di negara itu membuat peraturan khusus untuk menangani masalah penjualan daging anjing.
"Larangan pengkomersilan daging anjing adalah amat wajar. Tetapi peraturan itu perlu dilaksanakan kerana peraturan sama sudah ada sejak 2018, namun hanya muncul tanpa sebarang tindakan sebenar," katanya.
TBF juga telah berjumpa dengan Datuk Bandar Medan dan Gabenor bagi membincangkan perkara itu serta mengalu-alukan kerajaan bertindak segera.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Makanan Kota Medan, Emilia Lubis menjelaskan, larangan pengkomersilan daging anjing adalah bertujuan melindungi orang ramai daripada dijangkit penyakit zoonosis.
Penyakit zoonosis atau zoonotik adalah penyakit yang disebabkan kuman berbahaya seperti virus, bakteria, parasit dan kulit. Ia boleh menyebabkan seseorang yang dijangkiti itu mengalami masalah kesihatan dari ringan hingga serius dan juga kematian.
Sumber: Tribun News, Utusan Malaysia, Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/cqyNaTI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/FOUBf6h
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment