Foto hiasan |
Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan ekoran penemuan 15 potongan daging yang disyaki menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, Sabtu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya terdahalu menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 3.30 petang lalu mengerahkan sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah dan Unit Forensik IPK Perak bergegas ke lokasi.
Pemeriksaan di lokasi menemukan cebisan daging yang dipercayai anggota badan seorang wanita warga emas berusia 68 tahun.
"Susulan itu, pihak polis menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang juga anak kepada mangsa. Turut dirampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek untuk melakukan pembunuhan itu," katanya.
Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peningalan bapanya yang mendorongnya untuk melakukan jenayah itu.
Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di rumah tersebut sejak 12 tahun lalu selepas kematian suaminya.
Suspek kini ditahan dan kes akan disiasat di b awah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/Jq7cMvK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/GVOfypP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment