Beberapa minggu lalu, seorang pengguna TikTok memuat naik video yang mempertikaikan mengapa sesetengah penjawat awam bekerja sambil lewa dan tidak menggalas amanah yang diberikan itu dengan penuh rasa bertanggungjawab.
"Aku nak tanya korang, kenapa perangai pekerja kerajaan macam ni? Selalu kita complaint pemimpin tak buat kerja, kali ini aku nak cakap pekerja kerajaan tak buat kerja dan aku rasa korang pun rasa benda ini.
"Korang ingat, pemimpin saja ke yang ada amanah? Kita pun ada amanah, kau tak buat kerja kau, maksudnya kau tak beramanah, tau tak? Korang tahu tak, betapa pentingnya amanah. Selagi korang tak beramanah, selagi itulah tak sempurna iman korang.
"Kenapa aku cakap pegawai kerajaan ini tak beramanah dan khianat amanah mereka? Sebab boss diorang dah letak diorang untuk jawab panggilan telefon. Tapi kau buat apa? Masuk office lambat, kau pergi beli nasi lemak, ambil semua lemak-lemak itu. Selepas itu kau sembang-sembang, tak duduk dekat meja pun nak angkat panggilan telefon.
"Ini aku nampak sendiri, bukan main cakap. Semalam tiga bangunan kerajaan aku pergi, salah satunya bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila aku sampai, tak ada sesiapa pun di kaunter pendaftaran. Korang buat apa? Korang makan duit rakyat, korang buat apa, korang kat mana? Berjam-jam aku kat situ, tiada seorang pun di kaunter," katanya.
@marythehighness this is not for pekerja gomen je swasta jgk tp mostly perangai gini pekerja gomen. Yg dh bagus tu go on yg x blh improve. Sesama peringatan utk kita ♥️
♬ original sound - cerita gitu gitu - mariam
Pengadu yang menggunakan nama 'Marrymehighness' juga mengatakan, sekitar jam 12 tengah hari dia ada meminta pegawai lain untuk menghubungi bahagian kaunter bagi melihat sama ada pegawai bertanggungjawab berada di kaunter ataupun tidak. Namun dia dimaklumkan bahawa kakitangan kaunter telah keluar berehat. Sedangkan waktu rehat kerajaan adalah bermula dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang.
Pengadu kemudian pergi ke bangunan yang lain dan mendapati masih ada penjawat awam duduk di kafeteria selepas jam 2 petang.
"Aku pergi satu lagi jabatan kerajaan, bangunan lain. Aku makan di situ dari jam 1 hingga 2 petang. Jam 2 petang, tiada seorang pun penjawat awam yang bangun untuk beredar atau pergi solat. Yang duduk di kafeteria itu, duduk saja sampai lebih jam 2 petang bersembang.
"Kenapa aku marah? Sebab kitorang bayar gaji kau untuk buat kerja. Bila kau pergi tempat shopping mall, yang private semua kau marah pula diorang tak bagi servis. Habis tu kau ni yang makan je, tak buat kerja, yang buat kerja sambil lewa tanpa amanah, satu hari mungkin kau kerja dua jam, tiga jam? Setiap jam, tuhan akan tanya.
"Jangan khianat amanah itu, jangan khianat agama sendiri, negara sendiri, dan rakyat sendiri. Aku minta korang buat tanggungjawab korang. Itu sahaja dan tak minta lebih je. Jadi korang tak perlu bising, aku hanya minta korang jalankan tanggungjawab. Kalau korang rasa korang bertaqwa dan tuhan itu ada, korang akan buat.
"Sebab bila kita tahu tuhan sentiasa tengok kita, kita bekerja tuhan nampak, kita takkan buat benda-benda macam ni," katanya.
Susulan dari luahan ketidakpuasan hati pengadu, Jabatan Perdana Menteri tampil menjawab dakwaan tersebut dan memaklumkan pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang aduan dari individu berkenaan.
"Sehingga hari ini, tiada sebarang aduan rasmi diterim oleh JPM mengenainya. Sehubungan itu, pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel aduan_ukk@jpm.gov.my atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di Kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.
"Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan," katanya.
Sumber: TikTok Marrymehighness, Facebook Jabatan Perdana Menteri
from The Reporter https://ift.tt/g3r27p9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/oMeFNR8
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment