loading...

Saturday, 4 June 2022

Ibu bersetubuh dengan anak sendiri untuk mengubati 'rasa seksual', ditikam sampai mati



Seorang model wanita cuba 'merawat' anak lelakinya dengan melakukan hubungan terlarang, menyebabkan dia ditikam sehingga mati di dapur kediamannya di London. 


Difahamkan, kes tersebut melibatkan model Barbara Daly Baekeland, bekas suaminya Brooks Baekeland dan anak lelaki mereka, Anthony. 


Barbara pernah disenaraikan sebagai salah seorang dari sepuluh wanita paling cantik di New York, menjadi model dengan Vogue yang membawanya ke dunia glamor. 


Barbara kemudian menjalinkan hubungan dengan juruterbang pelatih, Brooks, yang diperkenalkan oleh rakannya. Brooks, pewaris kekayaan keluarganya berkahwin dengan Barbara dan kerap menganjurkan parti mewah. 


Gaya hidup mewah itu membuatkan pasangan itu berubah di mana Barbara ketagih alkohol dan pasangan itu menjalinkan hubungan luar nikah. Bagaimanapun, Barbara disahkan hamil dan melahirkan anak lelaki iaitu Anthony pada tahun 1946. 


21 tahun kemudian, ketika keluarga itu bercuti, Anthony bertemu dengan seorang lelaki biseksual, Jake Cooper dan mereka pergi ke Maghribi untuk mengambil ubat khayal. 


Barbara pada awalnya dapat menerima hubungan songsang anaknya, tetapi dia lebih suka jika Anthony menjalinkan hubungan dengan gadis Sepanyol pilihannya iaitu Sylvie. Sylvie pula menjalinkan hubungan sulit dengan suami Barbara.


Selepas mengetahui hubungan sulit Sylvie dan Brooks pada Februari 1968, Barbara cuba membunuh diri dan hal itu menyebabkan Brooks mengambil keputusan untuk bercerai. Brooks kemudian berkahwin dengan Sylvie dan dikurniakan seorang anak lelaki. 


Sementara itu, Barbara percaya anaknya 'sakit' dan dia telah melakukan beberapa percubaan untuk menyembuhkan Anthony. Ini termasuk mengupah pelacur untuk melakukan hubungan kelamin dengan Anthony agar anaknya itu menjadi lelaki normal. 


Malangnya, usaha itu menemui kegagalan dan hal ini memaksa Barbara mengambil keputusan sendiri dengan memanipulasi anaknya untuk melakukan hubungan kelamin dengannya. 


Pada malam kejadian, Anthony bertengkar dengan Barbara mengenai rakan yang dijemputnya. Pertengkaran itu menjadi semakin serius di mana Anthony mula memukul ibunya. 


Barbara kemudian melarikan diri ke dapur tetapi dikejar oleh Anthony yang kemudian mengambil pisau dan menikam ibunya tanpa teragak-agak. 


Anthony didapati bersalah atas pertuduhan membunuh dan dihantar ke sebuah hospital yang dikawal ketat di United Kingdom. 


Pada 1980, Anthony dibebaskan tetapi hal itu mengundang kemarahan Brooks. Anthony kemudian dijaga oleh neneknya, Nini, yang berusia 87 tahun di New York. 


Selepas enam hari dibebaskan, Anthony menyerang Nini dengan pisau dapur. Nini ditikam sebanyak lapan kali dan mengalami patah beberapa tulang. 


Anthony ditahan dan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh, lalu dihantar ke Penjara Pulau Rikers. 


Selepas menjalani penilaian psikiatri, Anthony dijangka akan dibebaskan dengan ikat jamin pada perbicaraan mahkamah 20 Mac 1981. Tetapi Anthony disahkan mengalami sesak nafas dan meninggal dalam selnya pada petang hari kejadian. 


Kisah tragis itu dijadikan sebagai filem, Savage Grace yang ditayangkan di pawagam pada 2017, dibintangi oleh Julianne Moore sebagai Barbara dan Eddie Redmayne sebagai Anthony. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/0AC8GiZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/WzhdBwj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...