loading...

Saturday, 4 June 2022

'Mangsa dipaksa masuk dalam kereta, lalu dicabul & dicium' - Guru ditahan kerana cabul pelajar perempuan di Kuala Krai



Polis menahan seorang guru sebuah sekolah agama di Kuala Krai kerana disyaki mencabul pelajar perempuan Tingkatan Dua. 


Suspek berusia 36 tahun ditahan pada jam 2.30 petang kelmarin di IPD Kuala Krai pada hari yang sama mangsa membuat laporan polis. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek dikatakan telah mencabul mangsa sebanyak tujuh kali sejak 2020 hingga Januari 2021. 


"Mangsa ketika itiu berusia 14 tahun mengatakan pada Mac 2020 semasa berada di hadapan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), mangsa terserempak dengan gurunya.


"Guru terbabit kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya dan meraba badan serta mencium mangsa beberapa kali. 


"Pada Mei 202 pula ketika mangsa berada di Kampung Mambong di sini, mangsa juga diganggu oleh guru berkenaan dengan gambar lucah yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp. 


"Mangsa turut memaklumkan kejadian sama berlaku pada Januari 2021 apabila suspek melakukan amang seksual terhadap mangsa dalam kawasan sekolah. 


"Susulan laporan dibuat mangsa, pihak polis telah menahan suspek iaitu guru Matematik dan Sains, petang semalam (kelmarin)," katanya.


Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan selama lima hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/5ckgmMq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2ZLxouV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...