Tular di media sosial baru-baru ini pekerja salun dandanan rambut, AJ Hair Studio, yang menawarkan perkhidmatan dari pekerjanya berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah yang tidak sepatutnya, mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan lelaki.
Berdasarkan gambar yang tular, dua pekerja wanita dilihat hanya memakai pakaian dalam dan seluar pendek ketika sedang mengunting rambut pelanggan. Penampilan yang agak seksi itu menyebabkan ramai lelaki menyatakan hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan di salun tersebut.
Tetapi, ada juga yang tampil membantah dan mengecam strategi marketing yang digunakan oleh pemilik salun, selain meminta pihak berkuasa tampil mengambil tindakan segera terhadap premis itu bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.
"Dah tak segan lagi dah, Malaysia negara Islam, mohon pihak berwajib ambil tindakan sebelum Allah turunkan bala," kata Tengku Syahir.
"Elok kalau ada kedai macam ni, minta pihak berkuasa bakar je terus! Takde kompromi," kata Rina Rosdi.
"Bangang! Harap pihak berwajib pantau kedai ini dan ambil tindakan segera. Ini bukan negara Thailand ye saudara," kata Son Go Han.
Susulan viral gambar-gambar berkenaan, pihak berkuasa dilaporkan telah menyerbu premis tersebut yang terletak di Jalan Puteri 7/11, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.
Sementara itu pemilik salun telah tampil membuat laporan polis ekoran gambar-gambar tersebut tular di media sosial dan memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
"Dalam gambar tersebut terdapat beberapa gambar perempuan berpakaian seksi sedang mencuci rambut. Untuk makluman, gambar tersebut telah diambil semasa hari pembukaan kedai untuk promosi, bukan untuk kedai urut.
"Kedai kami hanyalah studio dandan rambut yang normal. Jangan ambil gambar model saya dan sebarkan ke group lain lagi, termasuk menyunting kapsyen kononnya kedai kami menawarkan perkhidmatan 'istimewa'.
"Model berkenaan hanya ditampilnya semasa hari pembukaan kedai. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan," katanya.
AJ Hair Studio turut memaklumkan pihaknya akan membuat siaran langsung bagi menjelaskan segalanya secara terperinci mengenai apa yang berlaku pada jam 9 malam ini di Facebook rasmi mereka.
from The Reporter https://ift.tt/IS3A4ru
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/E4pJ1oG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment