loading...

Friday, 3 June 2022

Ibu 2 anak dinodai beramai-ramai selepas diumpan pemeriksa tiket ke gerabak kelas pertama



Seorang pemeriksa tiket kereta api didakwa mengumpan seorang wanita ke dalam gerabak kelas pertama sebelum merogolnya beramai-ramai bersama tiga lelaki lain, mencetuskan kemarahan ramai yang mendesak empat pelaku itu dihukum gantung. 


Pemeriksa tiket itu dikatakan telah menawarkan ibu kepada dua anak itu yang duduk di kelas ekonomi, berpindah ke gerabak berhawa dingin semasa perjalanan sejauh 500 batu antara Multan dan Karachi. 


Sebaik saja berpindah ke gerabak itu, pemeriksa tiket dan tiga lelaki lain menyerang mangsa secara bergilir-gilir sebelum mengugutnya jika dia cuba melarikan diri. Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan segera membuat laporan polis. 


Ketua Polis Kereta Api, Faisal Shahkar berkata, kejadian itu berlaku dalam Bahauddin Zakaria Express minggu lalu. Suspek dikatakan telah melarikan diri ke kawasan terpencil di Punjab, beberapa jam selepas kejadian itu berlaku dengan harapan dapat mengelakkan diri daripada ditangkap. 


Tetapi polis berjaya menahan dua suspek pada Isnin lalu, sebelum suspek ketiga berjaya ditahan pada hari berikutnya. 


Pihak berkuasa berkata, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa telah dirogol secara beramai-ramai. 


Kejadian itu mencetuskan kemarahan dan rakyat mendesak agar semua pelaku dikenakan hukuman gantung sampai mati. 


"Saya teringin nak tengok muka mereka dan digantung di leher sampai mati," kata orang awam yang ditemuramah media tempatan. 


Menurut laporan rasmi, bilangan wanita yang menjadi mangsa rogol di Pakistan dalam tempoh empat tahun lalu adalah berjumlah kira-kira 14,000 - yang bersamaan dengan 11 orang setiap hari.


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/itlgnLr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/eFIcNCn
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...