loading...

Thursday, 30 June 2022

'3 jam perjalanan ke Ganu, semata-mata nak tengok filem Mat Kilau' - Rakyat Kelantan kecewa tak boleh tengok wayang di negeri sendiri



Filem Mat Kilau yang baru ditayangkan di pawagam sememangnya menjadi rebutan orang ramai untuk tidak melepaskan menonton filem tersebut. Malangnya, ketiadaan kemudahan untuk menonton filem baru itu di Kelantan membuatkan rakyat di negeri itu terpaksa keluar ke negeri lain untuk menontonnya. 


Mohd. Azwar Sharifuddin, 41, berkata, dia dan rakan-rakannya sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam ke Terengganu untuk memberi sokongan kepada filem tersebut. 


"Saya berharap kerajaan negeri Kelantan dapat mengkaji semula cadangan untuk membuka kemudahan panggung wayang di negeri ini. 


"Kalau nak buat secara patuh syariah pun, kami sedia. Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada kami untuk menonton filem bersama-sama keluarga," katanya memetik laporan dari Utusan Malaysia. 


Bagi Ahmad Fikeri, 42, berpandangan, kerajaan negeri perlu memberi peluang kepada rakyatnya untuk menikmati hiburan tetapi masih mengikut syariat Islam. 


Dia tidak kisah sekiranya tempat duduk lelaki dan wanita diasingkan kerana rakyat Kelantan mahukan kemudahan tersebut dan kerajaan negeri seharusnya melihat dari sudut positif kewujudan pawagam ini yang secara tidak langsung akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi negeri. 


Seorang lagi penduduk Kelantan, Mohammad Aswady Adenan, 41, berkata, dia kecewa tidak dapat menonton filem yang penuh dengan nilai patriotik itu dan disebabkan rasa ingin menonton filem tersebut, dia terpaksa mengambil masa perjalanan selama tujuh ke lapan jam untuk ke Kuala Lumpur dan tiga jam jika ke Terengganu. 


Sumber: Utusan Online



from The Reporter https://ift.tt/rkGSpgd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/eGhxMUj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...