loading...

Saturday, 11 June 2022

'Aduan jalan rosak diselesai tanpa kira status pengadu' - JKR sentiasa komited baiki & selenggara jalan

Foto Funtastiko


Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau kualiti kerja penyelenggaraan dan membuat  penilaian prestasi kerja syarikat konsesi dari semasa ke semasa secara bulanan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan tampalan lubang jalan dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. 


Selain itu, darjah pemadatan tampalan lubang jalan juga diuji melalui kaedah Non-Destructive Test (NDT) bagi memastikan darjah kepadatan mematuhi speksifikasi yang telah ditetapkan. 


"Pihak JKR sentiasa memastikan semua bahan tampalan lubang jalan yang digunakan adalah daripada loji-loji pengeluaran asfalt yang diiktiraf dan mematuhi spesifikasi.


"Sejak 2016 sehingga 2021, terdapat sebanyak 948,853 bilangan lubang jalan yang telah ditampal, manakala untuk Januari hingga Mei 2022, sebanyak 4,349 bilangan lubang jalan di jalan Persekutuan telah ditampal hasil daripada pemeriksaan rutin oleh pihak JKR dan syarikat konsesi yang dilantik serta melalui aduan yang diterima daripada orang awam. 


"Kerja–kerja membaik pulih lapisan permukaan jalan (kerja berkala pavemen) juga dilaksanakan dari semasa ke semasa bergantung kepada peruntukan yang diterima, sekali gus dapat memanjangkan jangka hayat jalan raya seterusnya mengurangkan bilangan kejadian pothole di jalan Persekutuan," kata kenyataan itu. 


JKR juga menegaskan, pihaknya sentiasa komited dan berusaha untuk memperbaiki serta menyelenggara setiap kerosakan jalan yang telah dikenal pasti. 


Setiap aduan yang diterima juga akan diambil tindakan sewajarnya untuk diselesaikan dengan kadar segera tanpa mengira status pengadu dan turut mengamalkan 'no wrong door policy' demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/kAq4wOW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/rag6qsF
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...