loading...

Thursday, 9 June 2022

Suami ceraikan isteri selepas mengetahui 3 anak perempuan yang dibesarkannya bukan anak kandung sendiri



Seorang lelaki berusia 45 tahun di China nekad menceraikan wanita yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu selepas mendapati tiga anak perempuan yang dibesarkannya bukan anak kandungnya. 


Chen, dari wilayah Jiangxi, timur China, telah memfailkan penceraian terhadap isterinya, Yu, yang didapati curang dengan lelaki lain sehingga menghamilkan tiga anak perempuan. 


Difahamkan, Chen bekerja di perantauan untuk menyara keluarganya dan dia pada mulanya tidak pernah mengesyaki isterinya menderhaka kerana mereka kerap berhubung melalui panggilan suara dan video. 


Bagaimanapun dia mula curiga sejak awal tahun ini apabila isterinya mula mengelak untuk menjawab panggilannya dengan memberikan alasan sibuk bekerja di rumah. 


Chen kemudian mengambil keputusan untuk mengekori Yu menggunakan aplikasi penjejak pasangan (GPS) melalui telefon bimbit. 


Pada 1 Mac, Chen mendapati isterinya pergi menginap ke sebuah hotel di timur China. Keesokan paginya, Chen melihat Yu sedang mendaftar keluar dari hotel bersama dengan seorang lelaki.


Walaupun pedih melihat kecurangan itu, Chen memilih untuk memaafkan isterinya. Tetapi hasil ujian paterniti mendapati dia bukan bapa kepada anak bongsu mereka. Chen nak marah, tetapi dia bersabar dan memutuskan untuk terus kekal dengan keluarganya. 


Namun, keputusan itu berubah selepas hasil ujian paterniti pada dua lagi anak perempuan mereka juga disahkan bukan anak kandungnya. Tatkala keputusan mengejutkan itu dimaklumkan kepada Chen, isterinya pula terus menghilangkan diri. 


Chen kemudian meminta bantuan dari media tempatan untuk mengesan isterinya dan menangis semasa ditemubual oleh wartawan. 


"Tiada seorang pun daripada mereka adalah anak saya sendiri," katanya. 


Tidak beberapa lama selepas itu, Yu berjaya ditemui dan ditemubual oleh pihak stesen TV. Yu menegaskan apa yang dilakukan itu bukanlah perbuatan yang salah. 


"Saya tak rasa saya curang pada dia. Adakah paterniti biologi sangat penting? Pasangan yang mandul pun ada mengambil anak angkat sepanjang masa," katanya. 


Yu juga mengkritik tindakan Chen memfailkan penceraian terhadapnya selepas mendapati tiga anak perempuan mereka adalah zuriat lelaki lain. 


"Tolong cuba empati dengan saya. Tiga beranak itu memanggil dia sebagai ayah selama bertahun-tahun tetapi sekarang dia kata anak perempuan itu bukan anaknya. Apa beza dia dengan haiwan?" 


Di media sosial, netizen mengecam kenyataan dan tindakan Yu yang dianggap tidak menghormati suaminya. 


"Betapa kecewanya si suami! Yu ni sakit mental ke?" kata netizen. 


Seorang lagi netizen berkata, "Chen boleh mendapatkan pampasan dengan bantuan mahkamah. Tetapi bagaimana dia nak menyembuhkan luka di hatinya setelah ditipu selama 16 tahun?".


Sumber: South China Morning Post



from The Reporter https://ift.tt/P7Dt8Oq
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/v8noQXe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...