loading...

Monday, 13 June 2022

Will Smith rancang muncul semula dengan filem I Am Legend 2, selepas insiden menampar Chris Rock



Bintang Hollywood dilaporkan sedang merancang untuk muncul semula dengan filem baharunya, selepas dilanda kontroversi di pentas Oscar di mana dia telah menampak pelawak Chris Rock di khalayak ramai. 


Ekoran tindakannya itu, Will dikenakan larangan menghadiri The Academy Awards selama 10 tahun dan disebabkan itu Will mengambil keputusan untuk menghasilkan filem baharunya iaitu sekuel dari filem I Am Legend (2007), melalui syarikat produksinya sendiri, Westbrook Media. 


Menurut sumber dalaman, "Skrip sedang ditulis untuk wataknya dan setakat ini Will masih terikat dengan projek itu. 


"Jelas sekali, dia adalah penerbit filem itu dan syarikat produksinya bertanggungjawab untuk meneruskannya."


Filem I Am Legend arahan Francis Lawrence itu menonjolkan kisah seorang saintis yang juga manusia terakhir yang terselamat dari wabak berbahaya itu. 


Dalam filem itu, Will yang melakonkan watak Robert Neville akan berusaha memulihkan zombi yang dijangkiti virus di New York dengan menggunakan darah imunnya sendiri.




Isteri Will, Jada berkata, dia berharap kejadian di pentas Oscar itu berpunca dari Chris mempersendakan penampilan botaknya. Sedangkan dia menghidap penyakit alopecia, gangguan autoimun. 


Walaupun begitu, Jada berharap Will dengan Chris bertemu dan berbincang mengenai kejadian itu yang juga akan berakhir dengan pendamaian. 


Sumber: Daily Mail




from The Reporter https://ift.tt/acJTSFZ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/DWAKXPN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...