Masalah jalan rosak, berlubang dan mendap seringkali berlaku di menyebabkan ramai pengguna jalan raya merungut dan menuding jari terhadap Jabatan Kerja Raya yang didakwa gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
Bagaimanapun, pakar kejuruteraan jalan raya, Prof Dr Mohd Rosli Hainin (UMP) berkata, untuk membina jalan konkrit yang mempunyai daya ketahanan tinggi sehingga 30 tahun di seluruh negara adalah sukar kerana kos pembinaannya sahaja sudah menelan belanja tiga kali ganda dari pembinaan jalan beraspal (tar).
"Jalan beraspal lebih banyak dibina di Malaysia walaupun ketahanannya mungkin hanya 10 tahun. Masalahnya, peruntukan pembinaan jalan di negara kita tidak besar.
"Sebagai contoh, jalan seperti di Lebuhraya PLUS dari Air Keroh ke Tangkak, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di mana jalannya lebih tahan dan kuat," katanya.
Mengulas tentang jalan yang tidak berkualiti dan cepat rosak, hal itu berlaku disebabkan kualiti bahan binaan yang digunakan dan proses pembinaan jalan dilakukan pada waktu yang tidak sesuai kerana jalan amat sensitif pada suhu di mana ia perlu dibina semasa bahanya mencapai tahap kepanasan pada 160 darjah celsius.
Bahan binaan yang tidak mencapai tahap kepanasan yang diperlukan akan menjejaskan kepadatan jalan kerana jalan beraspal menggunakan bitumen.
"Sebab itu kita lihat antara kesilapan besar orang yang membuat kerja menampal jalan adalah pada waktu yang kurang sesuai menyebabkan 'gam' (bitumen) yang digunakan tidak kuat dan boleh mengurangkan kualiti jalan," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/3EXR0dg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/gfNWKor
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment