Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki membuat pesanan makanan secara dalam talian tetapi enggan membuat pembayaran, menyebabkan sekumpulan penghantar makanan berang lalu nekad datang berjumpa dengan lelaki terbabit.
Difahamkan, insiden itu berlaku di Apartment Sri Abadi, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan ramai penghantar makanan yang telah diperdaya oleh lelaki dipercayai berusia 23 tahun itu. Suspek juga dikatakan kerap membuat pesanan makanan dan memilih untuk membayar secara tunai.
Apabila penghantar makanan tiba di lokasi, suspek enggan membuka pintu dan meminta mangsa meninggalkan makanan di lif, sementara dia akan membuat pembayaran secara online. Namun, itu semua hanyalah taktik untuk memperdayakan mangsa-mangsanya bagi mendapatkan makanan secara percuma.
"Kepada rider Food Panda dengan Grab Food, sila berhati-hati dengan customer di Apartment Sri Abadi ini yang sudah banyak kes. Dah order makanan konon nak bayar secara cash, lepas itu disuruh tinggalkan makanan di lif. Kononnya dia nak transfer duit. Tetapi dia diam terus. Ramai rider di area Bayan Lepas dah kena game dengan dia ni," kata sumber.
Pada hari kejadian, sekumpulan penghantar makanan datang ke rumah dan mendesak suspek keluar dari rumah. Tetapi suspek enggan peduli sehingga mereka terpaksa menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Sebaik saja beberapa anggota polis tiba, suspek yang tiada pilihan akhirnya terpaksa membuka pintu. Kelihatan suspek sedang memegang beberapa keping wang kertas yang dipercayai mahu membayar mangsa-mangsa yang telah diperdayanya selama ini.
Sumber: Food Panda Rider Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/3odPC8W
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3D2591K
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment