Tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu! Itu reaksi netizen mengulas satu video tular yang membabitkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental yang telah dipukul oleh orang ramai setelah dikatakan mengamuk di tengah jalan raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki berdiri di tengah jalan raya sambil memerhatikan kereta lalu lalang. Secara tiba-tiba dia membaling satu objek ke arah sebuah kenderaan yang keluar dari simpang jalan
Tidak beberapa lama kemudian, orang awam yang berada di lokasi mengepung lelaki itu sebelum menahannya. Ada segelintir individu yang mengambil kesempatan memukul lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu lelaki berkenaan bertindak membaling tong sampah ke tengah jalan raya.
“Lelaki tersebut telah ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda (MPV). Keputusan ujian air kencing lelaki tersebut adalah negatif dan lelaki tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Suspek dah kena berkas buat apa ditendang lagi dia? Lagipun orang begini sah-sah tak siuman.
— MyWatch (@My_CrimeWatch) November 15, 2021
Kejadian di Dungun. pic.twitter.com/DbBrC63dcb
Sumber: My Crime Watch, Kosmo
from The Reporter https://ift.tt/3owrDCe
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3DkTviV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment