Setiap peniaga haruslah bersikap jujur ketika berurusan dengan pelanggan. Tidak kira pelanggan adalah dari pembeli tempatan atau pelancong. Seringkali kita mendengar ada peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pembeli yang tidak tahu lenggok bahasa yang dituturkan oleh peniaga. Pelancong luar antaranya juga menjadi mangsa peniaga yang mengenakan harga yang tinggi pada satu-satu barang.
Insiden yang dikongsikan oleh gadis ini perlu dijadikan sebagai pengajaran oleh semua peniaga. Kebolehan yang dimilikinya iaitu boleh berbahasa Mandarin dapat mengelakkannya daripada terjerat dengan taktik peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Kunjungan gadis ini ke sebuah kedai untuk membeli cat litter jenis 'pasir' untuk kucing peliharaanya yang baru sahaja menjalani pembedahan. Ketika ditanya mengenai jenis cat litter yang dimaksudkan, gadis ini terdengar perbualan antara pekerja dan pemilik kedai itu yang berbual dalam bahasa Mandarin. Pemilik kedai itu mengatakan jenis cat litter yang dimaksudkan gadis itu tiada dan meminta pekerjanya mengambil berdekatan clay litter dengan sangkaan gadis ini tidak tahu apa-apa.
Mengerti dengan perbualan itu, gadis ini terus menjawab dalam bahasa Mandarin. Dia menyatakan dia mendapat tahu pekakasan tersebut tidak sesuai dengan kucing dan boleh menyebabkan kecederaan. Mendengar gadis ini boleh berbahasa Mandarin, pemilik kedai itu meminta maaf.
1. Jgn menilai pengetahuan bahasa seseorang mengikut warna kulit/kaum.
— Mandarinjer (@mandarinjer) November 15, 2021
Tak tertakluk kpd Mandarin jer, mat salleh ada yg faham BM
2. Asas meniaga ialah kejujuran (trust) tak baik meniaga macam ni
3. bagus cara sis ni tegur, berhemah & tidak mengaibkan pic.twitter.com/ecTV3XX93o
“Reaksi auntie itu terkejut gila. Kau bayangkan kau nak tipu someone itu and then someone itu tahu bahasa kau. Memang terkejutlah. Auntie terus minta maaf dan dia tanya macam mana boleh bahasa Mandarin.
“Aku sempat tegur dia kalau nak berniaga itu kenalah jujur. Kalau barang itu tak ada, jawablah tak ada,” luah gadis ini melalui akaun TikTok miliknya.
Rata-rata netizen meminta gadis ini supaya menyebut nama kedai tersebut bagi tujuan boikot, namun gadis ini memilih untuk tidak berbuat demikian.
“Ramai yang suruh expose nama kedai tapi sorry saya tak nak beritahu kedai itu sebab kedai tu baru buka sebenarnya. Baru buka dalam dua minggu dan stok tidak banyak,” katanya lagi.
Sumber: TikTok myrisdaughter
from The Reporter https://ift.tt/30ve5hG
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3HtHude
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment