loading...

Monday, 15 November 2021

'Pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya' - Azharina Azhar


Penyanyi Azharina Azhar, 36, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mendedahkan dirinya pernah ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 


Bagaimanapun, penyanyi lagu Elegi Sepi itu menolak tawaran tersebut demi menjaga maruah diri dan keluarganya.


"Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga. 


"Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis. 


"Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah, cakap begitu pun salah," katanya. 


Sedar ramai yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya, Azharina selalu meminta pembantu peribadinya mengatakan tidak kepada permintaan tidak senonoh seperti itu. 


Menurut Azharina, dia percaya hal seperti itu berlaku di mana-mana sahaja dan apa yang paling penting, perempuan perlu pandai menjaga diri dalam kerjaya dan jangan sesekali membiarkan orang mengambil kesempatan. 


Tambahnya, dia sendiri pernah menyaksikan ada penyanyi yang kena tidur dengan komposer hanya untuk pembikinan album atau bakal dijadikan artis. Tetapi dia tidak tahu akan kesahihan perkara itu sejauh mana. 


"Saya rasa dia (kawan) pun terus menjauhkan diri dengan komposer tersebut selepas kejadian itu," ujarnya. 


Sumber: Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/3HnykPt
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3ouOIVN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...