Seorang maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terjatuh dari roda Ferris di tapak 'fun fair' di Cheras Selatan pada malam Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pemilik 'fun fair' yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun terjatuh dari roda Ferris dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans dari Hospital Kajang.
Manakala seorang lagi mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30-an mengalami kecederaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk dibedah siasat, mangsa kedua pula dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Polis mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 12.05 tengah malam itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Namun pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk meneliti sama ada berlaku kecuaian dalam pengendalian permainan itu. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau balai polis berdekatan.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3wHnij5
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3F9qXJz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment