loading...

Monday, 8 November 2021

Pintu kereta Honda City ditendang sampai kemek sebab owner kerap main brek ketika memandu


Bengang dengan gaya pemanduan seorang wanita yang kerap menekan brek kenderaannya semasa memandu di jalan raya, mengundang kemarahan seorang lelaki yang bertindak menendang pintu keretanya sehingga kemek. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video kejadian itu turut viral di media sosial pada 4 november lalu dalam kejadian yang berlaku di Stulang Laut pada jam 10.19 malam, 31 Oktober lalu. 


Difahamkan, mangsa memandu kereta jenis Honda City berwarna hitam yang di persimpangan lampu isyarat berhampiran R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut. Tetapi perjalanannya dihalang oleh suspek, lelaki berusia 36 tahun yang memandu kereta Proton Wira berwarna kuning. 


Suspek keluar dari kenderaannya dan mengarahkan mangsa keluar daripada kenderaan. Tetapi mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya tidak mengendahkan permintaan itu membuatkan suspek semakin berang lalu bertindak menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta mangsa sehingga kemek. Mangsa yang ketakutan segera melarikan diri meninggalkan tempat kejadian sebelum membuat laporan polis. 


Mangsa dan suspek dipanggil polis untuk dirakam keterangan. Suspek mengaku memarahi dan menendang pintu kereta mangsa kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan wanita itu yang didakwanya kerap menekan brek ketika berada di jalan raya. 


Kejadian itu juga menyebabka mangsa mengalami kerugian kira-kira RM500. Kes itu dicadangkan dirujuk kepada pihak insurans. Polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa bersabar dan tidak mengambil tindakan terburu-buru yang boleh mengundang kemudaratan pada diri serta orang lain. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/3bNYVXo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qhrLIb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...