loading...

Thursday, 11 November 2021

'Toilet dia perghh! Kotor, lumut hitam berdaki kat dinding' - Pelanggan luah rasa kesal, percutian 5 hari 4 malam jadi sia-sia sebab..


Baru-baru ini tular di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang wanita mengenai kualiti perkhidmatan sebuah resort di Terengganu. Turut disertakan beberapa gambar sebagai bukti untuk menyokong dakwaannya.


Rania Adira yang menginap di hotel berkenaan selama lima hari empat malam bersama keluarganya berkata, mungkin nasib tidak menyebelahinya ketika itu.


“Daftar masuk pukul 3 petang, tapi kami sampai awal 2.30 petang. Terpaksa menunggu sehingga pukul 3  petang. Staff kata tak boleh masuk awal, jadi kami menunggulah di situ. Jam 3 petang, masih tak boleh daftar masuk sebab bilik belum siap disediakan katanya. Jam 3.30 petang pun masih sama sehinggalah jam 4 petang barulah kami dibenarkan daftar masuk,” katanya.


Selesai mendaftar, masalah lain pula timbul. Semasa membuat penempahan bilik hotel, Rania masih ingat dia memesan katil bersaiz besar (king). Tetapi di hari kejadian, dia hanya diberikan sebuah bilik dengan dua katil bujang. Hal itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa tidur dalam keadaan berhimpit.


Selain itu, tahap kebersihan tandas dan keadaan bilik yang diberikan kelihatan seperti tidak diurus dengan baik. 


“Aircond sekejap sejuk, sekejap panas. Kalau siang hari, saya siap berpeluh lagi. Tak rasa aircond, terasa bahang dalam bilik. Tangga ke bilik retak, hanya menunggu masa untuk terbelah dua. Bila dipijak, tangga bergoyang-goyang. Di sebelah pagi, siap ada najis kucing di tangga.


"Toilet dia perghh! Kotor, lumut hitam berdaki di dinding. Rak sinki pun buruk dan lebur. Yang lebih kecewa, buka pili air nak mandi. Tak sampai beberapa saat, air dah bertakung. Jamban pun kena flush banyak kali.


"Kerusi meja untuk lepak-lepak di beranda pun tak ada. Bila call tanya, katanya tak boleh hantar sebab tak cukup. Sarang labah-labah pula terlekat elok di dinding siling. Tergoyang-goyang kena kipas,” katanya.


Selain masalah kualiti bilik, Rania mendakwa kakitangan hotel tidak begitu mesra tetamu yang begitu jauh dari jangkaannya sebelumi ni.



"Suasana malam memang lagi menakutkan. Di laman cuma ada lampu seketul dua. Malam kedua jam 1.30 pagi, pintu digoncang *****, di beranda ada bunyi benda terjatuh, melompat-lompat berulang kali. Dinding dicakar, lama pula tu.


"Pintu toilet tiga kali terbuka sendiri. Saya tutup, kemudian terbuka lagi. Akhirnya saya biarkan saja. Tak semena-mena 'dia' ingat saya seronok melayan 'dia'. Jam 4 pagi barulah lena," katanya.


Rania amat berharap pihak resort mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah-masalah yang timbul, termasuk kerosakan di dalam bilik tetamu. 


“Saya berharap pihak resort buatlah sesuatu dengan bilik ini. Keadaannya sangat teruk, banyak kerosakan yang perlu diperbaiki. Tak tahu bagaimana dengan keadaan bilik lain. Apalah nasib saya mendapat bilik seteruk ini,” keluhnya.


Menyedari penularan luahan wanita berkenaan, pihak Duyong Marina dan Resort (DMR) kemudian tampil memberi penjelasan melalui Facebook rasmi pihaknya.


Menurut DMR, 'aduan' tersebut adalah kes terpencil yang pihaknya terima selepas tempahan bilik dibuka kepada orang ramai. Jelasnya, kakitangan hotel telah memastikan keadaan bilik berada pada tahap yang memuaskan sebelum membenarkan pelangan seterusnya masuk ke bilik penginapan.


“Isu ketidakpuasan terhadap bilik penginapan yang tular adalah kes terpencil yang kami dapati selepas tempahan bilik dibuka kepada orang ramai. Waktu mendaftar masuk di resort adalah pada jam 3 petang.


"Kebersihan di luar beranda telah dipastikan oleh pihak kami sebelum ketibaan tetamu. Akan tetapi, kadangkala musang akan datang mengotorkan kawasan beranda bilik. Para tetamu boleh menghubungi Front Office untuk pihak Housekeeping membersihkan segala kekotoran dengan kadar segera."


Dalam masa yang sama, DMR memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang dihadapi Rania dan memberi jaminan akan mengambil tindakan dalaman bagi memastikan masalah sedemikian tidak akan berulang kembali.


“Pihak kami memohon maaf kepada tetamu berkenaan (pengadu) dan berbesar hati sekiranya dapat berbincang dengan lebih lanjut dan mencapai nilai kata sepakat untuk memastikan nilaian perbelanjaan mereka berbaloi.


Difahamkan, resort tersebut dimilik oleh kerajaan negeri Terengganu melalui LTAWNT yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membaik pulih kerosakan yang berlaku pada resort itu.



Sumber: Rania Adira, Duyong Marina Resort Terengganu 



from The Reporter https://ift.tt/3n4pY78
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3onu2z7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...