loading...

Monday, 8 November 2021

(Video) 'Saya suruh dia convert ke Evo, dah bayar RM12K...' - Gadis terkejut keretanya dibiarkan terbengkalai di bengkel


Hancur luluh harapan seorang gadis yang mengimpikan kereta lamanya berubah kepada wajah baru apabila dia telah ditipu oleh individu yang dikenali dan diberikan amanah bagi melakukan kerja-kerja pengubahsuaian itu. 


Selain itu, Ain Jeman terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM12,000 yang dibayar kepada mekanik terbabit telah hilang dari radar. Sedangkan keretanya yang hanya tinggal casis dibiar tersadai di bengkel dimamah hujan dan panas.  


"Ya Allah, menggigil tangan menahan marah. Sedih tengok kereta macam ni. Banyak kali call, banyak alasan diberi. Hari ini nekad terjah bengkel dia, luluhnya hati aku. Sedih lagi banyak dari marah. Banyak kenangan dengan kereta ini. Orang JB, tolong Ain please," kata Ain. 


@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio


Difahamkan, sebelum ini Ain pernah menggunakan khidmat individu berkenaan yang dikatakan memberi perkhidmatan yang bagus. Kebetulan keretanya pada waktu itu mengalami masalah bateri, Ain mengambil keputusan untuk melakukan pengubahsuaian. Tugas itu diamanahkan kepada lelaki tersebut.


"Cerita dia bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac 2020, bateri kereta saya 'kong'. Jadi saya tiada sesiapa di sini sebab saya bukan orang Johor dan saya hanya kenal pomen itu seorang saja. Sebab sebelum ini pun saya servis kereta apa semua dengan dia, semuanya okay sahaja. 


"Alang-alang kereta dekat dia, saya suruhlah dia convert kepada Evo sekali. Saya buat pembayaran RM12,000 secara ansuran. Dia jarang memberitahu saya perkembangan terkini mengenai apa yang dia telah lakukan pada kereta saya. Hanya bila saya hantar mesej melalui WhatsApp, barulah dia balas. Itu pun respon dari dia tidak begitu memuaskan hati. 


"Saya tanya kereta dah siap pada tahap mana, dia memaklumkan dia tengah memeriksa bahagian enjin, bumbung ada berkarat atau bocor di mana dia perlu menutup kebocoran itu. Tetapi dia tidak suka mengambil gambar untuk diberikan kepada pelanggan kerana berasa perbuatan itu seperti orang tidak percaya terhadapnya. 


"Dia juga pernah berkata, kalau mahu kereta itu berada dalam keadaan tip top dan cantik, biar lambat. Jangan cepat-cepat yang menyebabkan hasilnya cincai dan terbengkalai," katanya. 


Ain pernah bertanya bila masa yang sesuai dia datang ke bengkel untuk melihat progress pengubahsuaian keretanya. Tetapi lelaki yang dianggarkan berusia 40 tahun ke atas itu kerap kali memberi pelbagai alasan seperti sedang menunda kereta orang, menjalani kuarantin, bawa anak ke hospital bagai. 


@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu ♬ original sound - 🌟


Berasa curiga dengan sikap acuh tak acuh lelaki itu, Ain nekad mengajak rakannya pergi ke bengkel tersebut sebelum terkejut melihat keadaan keretanya yang terbiar di halaman bengkel. Betapa hancur luluh hatinya apabila menemui keretanya dalam keadaan yang teruk dan dibiarkan terbengkalai begitu sahaja. 


Tidak diketahui apa tindakan Ain yang selanjutnya, tetapi netizen berharap ada pihak yang tampil membantunya mendapatkan semula kenderaan itu dalam keadaan asal, selain wangnya berjumlah RM12,000 dipulangkan semula. Ada juga yang menasihatkan Ain untuk membuat laporan polis kerana jelas sekali mekanik itu telah menipunya. 


Sumber: TikTok Ain Jeman



from The Reporter https://ift.tt/3EUQZQJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3wDnaBr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...