loading...

Tuesday, 16 November 2021

Budak 4 tahun ditinggalkan bersendirian, maut terjatuh dari tingkat 29


Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut terjatuh dari tingkat 29 di sebuah bangunan kondominium di Jalan Ipoh, petang tadi. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.41 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang dikerahkan ke lokasi. 


Siasatan awal mendapati, mangsa berusia empat tahun ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan di rumah yang berkunci. 


Difahamkan, bapa mangsa keluar membeli barang dan sekembalinya ke rumah, dia mendapati anaknya sudah tiada lalu meminta bantuan pihak pengurusan mencari kanak-kanak itu.


Salah seorang kakitangan pengurusan kemudian menemui mangsa di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa. 


Pihak pengurusan segera menghubungi talian kecemasan dan ambulans dari Hospital Selayang bergegas ke lokasi sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Pemeriksaan di lokasi mendapati, tingkap bilik mangsa berada dalam keadaan terbuka dan di bawahnya terletak kerusi di tepi tingkap yang tidak berjeriji. 


Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. Tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3Hq1nC0
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3qGs4fO
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...