Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini, membidas kenyataan seorang doktor yang memuat naik tweet meminta golongan anti vaksin boleh terus tinggal di Malaysia tetapi tinggal di dalam gua.
Menurut Rita, dia terkejut dengan tindakan doktor berkenaan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu yang dianggapnya tidak wajar.
"Baru sistur tau, tak semestinya orang yang belajar tinggi-tinggi semuanya bijak belaka. Hanya bijak atas kertas exam bidang mereka saja," katanya.
Artikel berkaitan: 'Tak semestinya orang yang belajar tinggi semuanya bijak' - Rita Rudaini bidas kenyataan doktor minta golongan antivax duduk dalam gua
Tidak lama selepas itu, doktor terbabit memuat naik ciapan di Twitter 'berterima kasih' kerana memanggilnya 'Dogtor', selain mencaci dan mengutuknya di Twitter. Melihat pada ciapan itu, Rita sekali lagi tampil membalasnya.
"Puan gelar orang ANTIVAK tak apa. Bila orang dah marah dan orang gelar pula puan Dogtor, puan tau pula tak suka dan marah," katanya.
Dalam pada itu juga, Rita menjelaskan meskipun doktor itu tidak mengeluarkan ciapan 'tinggal dalam gua' ditujukan kepada dia, mahupun menyebut namanya tetapi dia merasakan dirinya mempunyai hak untuk membuat teguran secara umum.
"Saya tak kata yang dia cakap pada saya pun. Saya tegur secara umum untuk gelaran yang digunakan pada orang-orang lain yang belum vaksin. Itulah, bila hati busuk, baca apa pun tak faham. Baru baca Bahasa Melayu, dah panas tak faham. Kalau baca Al-Quran, mesti korang dah hangus kan.
"Korang yang kena istigfar dulu sebelum baca. Kalau tak boleh nak faham, janganlah cuba baca. Kalau paksa juga baca, itu yang bodoh bertimpa-timpa.
"Yup, sistur memang Prosafe. Of coz kalau sistur dah kena lapan dos pun, sistur tetap akan tegur cara puan doktor itu berkata-kata, melabelkan orang sesuka hati, perlu ke? Betul ke cara itu?
"Pekerjaan anda pekerjaan yang sangat mulia, tetapi kata-kata dari hati anda tidak semulia title yang anda sandang. Saya Rita Rudaini, prosafe mewakili mereka-mereka yang belum divaksin.
"Nasihat saya orang biasa-biasa ini yang tak ada apa-apa, apatah lagi segulung ijazah. Kita jangan mudah melabel orang dengan macam-macam perkataan. Kalau kita pun tak suka bila orang mula melabel kita dengan macam-macam perkataan seperti blogger lembu ke, dogtor ke, anak dara tua ke. Jadi, mesti tak suka kan?
"Macam itu juga manusia lain yang korang kata dan label macam-macam. Simple kan, belajar hormat hak orang lain. 'Hormat' ini bukan kena ada sijil atau ijazah, semua ini dari hati yang penuh kasih sayang.
"Saya bukan tegur kerja dia pun, saya tegur adab dia," katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga kesal dengan tindakan sesetengah blogger memutar-belitkan tajuk berhubung tegurannya itu kononnya dia mencaci doktor berkenaan, sehingga ada yang mendakwa mentalnya tidak stabil.
"Ada blogger ini buat story kata sistur caci doktor, mental sistur tak stabil. Aik? Belum caci, baru tegur pasal adab. Dah dilabel 'caci' pula.
"Sistur tak tau pula kalau nak mental stabil kena jadi macam diorang, hina dan label orang macam-macam, baru dipandang tinggi, mulia.
"Tak apalah, sistur sanggup dilabel mental tak stabil dari join doktor dan seangkatannya, diskriminasi, label dan hina orang," katanya.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
from The Reporter https://ift.tt/30gy6sE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3C8lroy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment