Susulan tular video luahan seorang gadis yang kecewa kereta miliknya, Proton Wira, gagal disiapkan dan lebih teruk lagi keretanya itu ditogelkan sehingga kelihatan seperti kereta buruk, pihak bengkel terbabit telah tampil memberikan maklum balas.
Mekanik yang dikenali sebagai Abu menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan memaklumkan kereta Ain boleh diambil seawal hari Sabtu ini jika tiada aral melintang.
Sedangkan sebelum ini, Ain mendakwa, Abu kerap kali memberikan pelbagai alasan apabila dia mahu datang ke bengkel untuk melihat keretanya. Apabila ditanya mengenai progres terkini, Abu katanya bersikap acuh tak acuh melayani pertanyaan.
Dalam perkembangan terbaru, Abu berjanji kereta milik Ain akan siap diubahsuai sepenuhnya pada Sabtu ini.
"Salam Ain, hari Ahad ini dah boleh ambil kereta. Confirm siap Sabtu. Naik enjin je lagi. Hari Sabtu dah siap cat, pasang. Enjin hari tu belum pasang sebab ada perubahan. Tak jadi pasang turbo kan? Okay, kalau siap Sabtu, ambil hari Sabtu," katanya.
Bagaimanapun, janji yang ditaburkan Abu itu menimbulkan persoalan Ain. Apakah kereta yang telah ditogelkan sepenuhnya itu boleh disiapkan dalam tempoh seminggu?
Turut dipersoalkan, mengapa Abu hanya mula melakukan kerja-kerja pengubahsuaian hanya selepas luahan ketidakpuasan hatinya diviralkan?
Apa pun, Ain enggan meletakkan harapan terlalu tinggi dan sabar menunggu sehingga ke hari Sabtu ini untuk melihat hasil yang dijanjikan oleh mekanik berkenaan.
@ain_jeman Anyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? #fyp #fypage #viral ♬ Super nova 9 - Kings Chapple-Wilson
Sumber: TikTok Ain Jeman
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3HaRUhJ
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3kpW2AL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment