loading...

Saturday, 6 November 2021

Wang simpanan RM26,060 milik warga emas lesap dari akaun bank, disonglap jiran tak guna


Gara-gara terlalu percayakan jiran dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) untuk menyemak baki akaun, wang simpanannya berjumlah RM26,060 lesap dari akaun bank. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, peneroka berusia 80 tahun itu telah dimaklumkan oleh anak saudara lelakinya yang wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah dimasukkan ke dalam akaunnya.


Memandangkan dia sukar keluar dan tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan, dia menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita pada Februari lalu untuk menyemak baki akaun.


Bagaimanapun, suspek tidak memulangkan kad ATM itu dan kerap memberi pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status wang pampasan. 


Pada Julai lalu, anak saudaranya pulang ke kampung dan membantu menyemak baki akaun bank sebelum mendapati wang simpanan di dalam akaun itu berkurangan. Semakan dengan pihak bank mendapati, berlaku 23 transaksi pengeluaran wang yang dibuat melalui kad ATM mangsa. 


Anak saudara mangsa kemudian cuba berbincang dengan suspek agar wang tersebut dipulangkan, tetapi suspek menegaskan dia sudah menyerahkan semua wang yang dikeluarkan kepada mangsa. 


Tidak berpuas hati dengan suspek, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/3kfXaHf
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/3mOG19d
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...