loading...

Tuesday, 9 November 2021

Remaja perempuan dirogol 4 abang tiri sejak 3 tahun di Kubang Pasu


Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol empat lelaki yang merupakan abang tirinya sejak lebih dari tiga tahun lalu. 


Menurut sumber, mangsa dirogol secara bergilir-gilir di rumah mereka di daerah Kubang Pasu sebelum ditahan polis pada Isnin lalu. 


Kesemua suspek berusia dari 17 hingga 36 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan iaitu dua daripadanya ditahan pada jam 5 petang Isnin dan dua lagi ditahan pada jam 1-2 petang Selasa. 


Difahamkan, empat beradik itu daripada bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan mangsa. 


Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan keemua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376B kanun Keseksaan dan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/3D1wX6l
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30fvWJV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...